Kesilapan pertama:
Kurang
berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa
mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
Kesilapan kedua:
Banyak
membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi)
seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
Kesilapan ketiga:
Tidak
tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil
kira perasaan mereka.
Kesilapan keempat:
Menegur
mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa
marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
Kesilapan kelima:
Memberi
didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan
minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
Kesilapan keenam:
Kurang
memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan
atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada
di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang
anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah
melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan
dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesilapan ketujuh:
Penampilan
diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati
syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian
seksi di hadapan anak-anak.
Kesilapan kelapan:
Susunan
rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi
pemalas dan selekeh.
Kesilapan kesembilan:
Kurang
menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan
sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih
baik dari salam yang diberi.
Kesilapan kesepuluh:
Tidak
menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.
Kesilapan kesebelas:
Kurang
mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan
aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
Kesilapan keduabelas:
Berrtengkar
di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari
ibu bapanya.
Kesilapan ketigabelas:
Membenarkan
orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini
akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.
Kesilapan keempatbelas:
Kurang
mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana
kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti
pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan
perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
Kesilapan kelimabelas:
Terlalu
bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak
ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan
anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada
pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)