Friday, March 2, 2012

Getir..

salam..Jumaat yang indah.
1001 keputusan.tak tau mane nak pegi, kiri ke, kanan ke.
1001 komitmen perlu di fikirkan.BUNTU.
hmm
01.03.2012
musibah melanda lagi.perit getir nak kene harungi ni semua.
1 berita baik beribu berita buruk.Oh Tuhan, cekal dan kuatkan la hati hambaMu.bimbingla kami, lapangkan la jalan kami menuju ke arahMu.
last few days, got the goodnews.tapi x sure lagi la.apa-apa pun nanti kita tunggu entry yang berikutnya.
tapi petang semalam, received call from my sister.gtau abah kene serang ngan gajah.
Oh Tuhan, Kau sisihkan dia dari perkara-perkara yang tak diingini.. :'(
perasaan bercampur baur, marah, kesal, sedih dan semua la.tak tau mana nak tuju, depan, belakang, kiri, kanan.hmm..susahnye tinggal jauh dari family. :'(
gajah muda yang menyerang abah.
hmm..kejadian tejadi jam 12lebih tengah hari macam tu.abah & group dah masuk hutan sehari sebelum kejadian after terima aduan dari orang kampung berkenaan gajah tu kacau kebun-kebun dorang.so sebelum kejadian tu, gajah tu pun dah kene 2 das pelali.tapi masih tak jatuh.tapi sebalik nya pulak yang terjadi.bila gajah tu naik minyak, dan tak sedar gajah tu dah serang dari belakang.memandangkan abah orang paling belakang, abah la yang kene.teamwork yang lain cuba tembak gajah tu sampai mati.
pas begelut, paramedik pun lambat sampai untuk keluarkan abah dari hutan tu.
dalam 2 jam lebih jugak la, baru la dorang bawa ke hospital daerah.tapi kelengkapan tak mencukupi dan abah yang minta supaya dihantarkan ke hospital ibu negeri.hmm
ni la abah selepas kejadian.keadaan separuh sedar, mungkin daripada kesan bius tahan sakit tu.
as per i know, tulang rusuk kanan patah 3, muka dah lebam.kami risau kalo tulang rusuk tu terkena paru-paru.juga terdapat darah beku.
hmm..serious, saya amat risau.keadaan amat berbelah bahagi sekarang.
apa-apa nanti saya update lagi.doakan abah saya. :'(

To Abah,
semoga kamu kuat hadapi ujian ni.dan sesungguhnya, anak-anak tidak akan membiarkan kamu walaupun kamu telah mempunyai pengganti untuk Arwah Mama.Kamu sampai akhirat SUPER HERO kami. :'(


No comments:

Post a Comment