Thursday, September 25, 2014

MOK tak sihat

4am..

Temperature : 38.7°C 😢

Monday, September 15, 2014

Nutella pods

Trending now a days. Nak beli mcm x ckup je kalo makan. Plus harga pun boleh tahan.

Langkah bijak. Google recipe. Cari bahan. Tung tang tung tang.

Tarrraaaaaa....

HOMEMADE.. bace betul-betul. HOMEMADE. Nutella Pods with love on Malaysia Day. Gitu panjang name. 😁

Sunday, September 14, 2014

Wedding Trip to Melaka

Selamat Pengantin Baru

Tahniah buat keluarga Tn Ibrahim & Kak Jah. Jiran suka duka tika di Labuan.

Monday, September 8, 2014

TQ Kakak Jodohku

The favourite birthday present ever.

*star jump*

Suke MONDAY ni

Qadar masa ngan bini. Pusing 1 kL time org semua sibuk bekerja. Muehehehehe..

Muka stress kene drive dalam jem. Bini happy sebab bleh bejalan tak ingat dunia.  😛

Sunday, September 7, 2014

From Miri with ♡

Birthday present from dealove husband.!

Just arrived from Miri. Open the laugage. Surprised me with it.

Thanks abg. Xde hadiah xpe. Janji awak selamat balik ke pangkuan sy.

Wednesday, September 3, 2014

Wordless Wednesday

Omnomnomnom..

Omnomnomnom..

Omnomnomnom..

p/s : our birthday just around the corner

Tuesday, September 2, 2014

Zuhud

Menurut Imam Al-Ghazali, zuhud ertinya meninggalkan perkara yang disukai, kerana mengharapkan sesuatu perkara yang lebih baik daripada itu. Hati mereka tidak terikat dengan hal-hal dunia, lebih membesarkan akhirat. Kesusahan didunia, sakit pening, kekurangan harta, kekurangan keperluan dan lain-lain tidak pernah menyusahkan hatinya. Ianya dianggap tidak lain dan tidak bukan, ujian hidup semata-matanya. Ujian, latihan dan tarbiyyah daripada Allah Taala. Ujian sebagai tanda kasih sayang Ilahi, insyaAllah.. sebagai kaffarh dosa-dosa juga sebagai pengangkat martabat disisi Ilahi. InshaAllah

**Hasil daripada pencarian di google.

Drp mesej dr whatsapp, si isteri tidur betemankan air mata.! 😢😭

7months and to go

7month and to go.! Rezeki ku..

Mampu kah bertahan..?
Semoga dipermudahkan segala kesulitan, kesusahan dunia dan akhirat.

Allahummayassir wala tuassir. Rabbi tammim bilkhair..

Monday, September 1, 2014

S to E to P to TEMBER

Happiness is not something ready made. It comes from your own actions.

Sunday, August 18, 2013

Alhamdulillah.. Raya Datang Lagi

SELAMAT HARI RAYA


RAYA 2007
sebagai pasangan yang baru bertunang. Cewwwaaahhh..!
*wink*wink*

Raya 2008
Raya sebagai ISTERI. Bace betul-betul, ISTERI. Hahahha.. 
Pengantin Baru uolls. :P
Raya di KL

Raya 2009
Raya sebagai IBU yang mempunyai anak berumur 2minggu. Tapi tetap jugak nak melawa bagai khennnn.. Raya bertiga pulekss :P
Juga beraya di KL

Raya 2010
Raya paling sedih sebab tahun 2010, kehilangan Bonda tersayang. Al-Fatihah.
Raya di Labuan. Juga beraya bertiga.

Raya 2011
1st time beraya di Terengganu. Alhamdulillah. Dipanjangkan usia untuk beraya di teratak Arwah Bonda. Al-Fatihah
Masih beraya bertiga. (bila nak berempat neh..??)

Raya 2012
Beraya sebagai perantau. Menumpang kasih sayang bersama keluarga Tn Hamdani di Lawas, Sarawak. Best moment ever.
TQ semua yer. Jasa baik, budi kalian inshaAllah, Allah yang membalas.
Masih lagi menyambut lebaran bertiga. Takde rezeki lagi.
Sabo aje laaaa..

Raya 2013
Beraya di KL. 
HEro kami dah pun 4tahun, tp masih lagi beraya bertiga. Takpe. Sabar separuh daripada iman..
Doakan tahun depan beraya berempat.

Saturday, October 6, 2012

As Reminder

"There is a choice you have to make in everything you do. So, keep in mind that in the end, the choice you make, makes you."

#abaikan gambar super & lil hero. Nyawa..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, October 5, 2012

M.A.L.A.S

Nak mcm ni boleh.???
Malas sungguh nok mengupdate. Terase macam nak bukak blog baru.!!
Ok. Bai.!!


Friday, April 27, 2012

TAK SEMPURNA - Part II

Kesilapan pertama:
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kesilapan kedua:
Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

Kesilapan ketiga:
Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Kesilapan keempat:
Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

Kesilapan kelima:
Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

Kesilapan keenam:
Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesilapan ketujuh:
Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kesilapan kelapan:
Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

Kesilapan kesembilan:
Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

Kesilapan kesepuluh:
Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

Kesilapan kesebelas:
Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

Kesilapan keduabelas:
Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

Kesilapan ketigabelas:
Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

Kesilapan keempatbelas:
Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kesilapan kelimabelas:
Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)


TAK SEMPURNA..

salam Jumaat..firstly, Ibu nak minta maaf ngan Epan.! sebab Ibu marah-marah kamu pagi tadi.Ibu sayang kamu sampai hujung nyawa Ibu. :(
Ibu tak sempurna untuk mendidik dan mengasuh kamu, tapi Ibu cuba untuk jadi Ibu yang terbaik untuk kamu, nak. :(
mood sungguh touching pagi tadi, sebab Ibu tinggikan sangat suara Ibu pada kamu dan tercubit lengan kamu. :(
apa yang di tulis ni, hasil bacaan artikel dari blogger-blogger di luar sana.terima kasih ye kerna sudi kongsikan ilmu-ilmu ini.InsyaAllah, Ibu akan ubah perangai Ibu.


40 Kesilapan IbuBapa Dalam Mendidik Anak-Anak Syurga

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak. 

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak. 

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak. 

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan. 

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan. 

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak. 

9. Kurang melahirkan kasih sayang. 

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak. 

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah. 

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan. 

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak. 

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak. 

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak. 

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca. 

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal. 

18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak. 

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak. 

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak. 

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul. 

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak. 

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak. 

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat. 

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak. 

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak. 

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak. 

28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak. 

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak. 

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak. 

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak. 

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak. 

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak. 

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. 

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak. 

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan. 

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak. 

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak. 

39. Tidak tegas mendidik anak-anak. 

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

L.O.V.E

Truly.. Madly.. Deeply L.O.V.E :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 20, 2012

RINDU ARWAH MAMA

salam
lamanya tak update story.hmm.ape kan daya.MALAS yang membataskan semua.tetiba hari ni rajin pulak nak menaip.rajin bermakna.saje nak sibukan diri tatkala hati sedang tak keruan.
saya rindu Mama.di saat behadapan dengan dugaan, rintangan dan cubaan, perasaan rindu tu makin kuat.
saya perlukan bahu dia dan kehangatan peluk erat dia untuk luahkan semua beban yang ada.
sangat tersentuh bila hayati lagu Maher Zain - Number One For Me
YES..Ma is No. 1 for me, even selalu betikam lidah dan becanggah pendapat. :(
Al-Fatihah

Number One For Me



I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you

For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
Number one for me

Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine

Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
Number one for me

There is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted

I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you

Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
Number one for me

KETIKA HATI MENANGIS


Monday, March 26, 2012

Tahniah..!!

SELAMAT PENGANTIN BARU ACHIK & AYAH CHIK..SEMOGA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA.AMIN..

Friday, March 2, 2012

Getir..

salam..Jumaat yang indah.
1001 keputusan.tak tau mane nak pegi, kiri ke, kanan ke.
1001 komitmen perlu di fikirkan.BUNTU.
hmm
01.03.2012
musibah melanda lagi.perit getir nak kene harungi ni semua.
1 berita baik beribu berita buruk.Oh Tuhan, cekal dan kuatkan la hati hambaMu.bimbingla kami, lapangkan la jalan kami menuju ke arahMu.
last few days, got the goodnews.tapi x sure lagi la.apa-apa pun nanti kita tunggu entry yang berikutnya.
tapi petang semalam, received call from my sister.gtau abah kene serang ngan gajah.
Oh Tuhan, Kau sisihkan dia dari perkara-perkara yang tak diingini.. :'(
perasaan bercampur baur, marah, kesal, sedih dan semua la.tak tau mana nak tuju, depan, belakang, kiri, kanan.hmm..susahnye tinggal jauh dari family. :'(
gajah muda yang menyerang abah.
hmm..kejadian tejadi jam 12lebih tengah hari macam tu.abah & group dah masuk hutan sehari sebelum kejadian after terima aduan dari orang kampung berkenaan gajah tu kacau kebun-kebun dorang.so sebelum kejadian tu, gajah tu pun dah kene 2 das pelali.tapi masih tak jatuh.tapi sebalik nya pulak yang terjadi.bila gajah tu naik minyak, dan tak sedar gajah tu dah serang dari belakang.memandangkan abah orang paling belakang, abah la yang kene.teamwork yang lain cuba tembak gajah tu sampai mati.
pas begelut, paramedik pun lambat sampai untuk keluarkan abah dari hutan tu.
dalam 2 jam lebih jugak la, baru la dorang bawa ke hospital daerah.tapi kelengkapan tak mencukupi dan abah yang minta supaya dihantarkan ke hospital ibu negeri.hmm
ni la abah selepas kejadian.keadaan separuh sedar, mungkin daripada kesan bius tahan sakit tu.
as per i know, tulang rusuk kanan patah 3, muka dah lebam.kami risau kalo tulang rusuk tu terkena paru-paru.juga terdapat darah beku.
hmm..serious, saya amat risau.keadaan amat berbelah bahagi sekarang.
apa-apa nanti saya update lagi.doakan abah saya. :'(

To Abah,
semoga kamu kuat hadapi ujian ni.dan sesungguhnya, anak-anak tidak akan membiarkan kamu walaupun kamu telah mempunyai pengganti untuk Arwah Mama.Kamu sampai akhirat SUPER HERO kami. :'(


Wednesday, February 22, 2012

Rabu Tanpa Kata - Diam Tanpa Kata

Kau Diam Tanpa Kata
Kau Seolah Jenuh Padaku
Ku Ingin Kau Bicara
Katakan Saja Apa Salahku

Sungguh Aku Tak Mengerti
Apa Yang Telah Terjadi Dan
Ku Tak Ingin Kau Pergi Jauh Dari Hidupku

Reff :

Kau Takkan Pernah Sadari
Betapaku Mencintaimu
Kau Yang Selalu Aku Banggakan

Ku Ingin Kau Bicara
Katakan Saja Apa Maumu
Lihat Aku Coba Kau Mengerti

Ini Semua Bisa Teratasi
Resapilah Semua Yang Pernah Kita Lakukan

Kau Takkan Pernah Sadari
Betapaku Mencintaimu
Kau Yang Selalu Aku Banggakan

Kau Takkan Pernah Mengerti
Betapaku Menyayangimu
Kau Yang Selalu Aku Inginkan

Kau Yang Kuinginkan…
Kau Yang Kubutuhkan…
Kau Yang Kuharapkan…


Friday, February 3, 2012

Rindu Dia

salam
jumpa lagi Jumaat yang mulia, penghulu segala hari.Alhamdulillah.sampai sekarang masih di beri peluang untuk menikmati hidup di dunia.
hurm.tapi saya RINDU DIA.anugerah dari Ilahi untuk saya dipinjamkan untuk menjalankan tanggungjawabnya nun jauh di Kuching, tapi sentiasa tetap di hati kami. :(
[mula nak nangis dah....!]
hurm.berpisah sementara waktu membuat kan ikatan kami 1 keluarga lebih erat.even payahnye nak lepaskan dia pergi jauh dari pandangan mata kita kan.tapi bila di fikirkan balik, dia pergi sane bukan bergumbira-gumbira.hihi.semua tu atas urusan kerja.so i'm as a wife need to understand keje My Sayang.orang lain jugak perlukan mereka.huh.
hurm.
bercelaru sungguh lam kepala otak neh.!macam nak tulis je ape yang ade lam kepala neh.bercampur baur sume.
ok la.malas nak type banyak.nak kene kawal emosi.kene kuat.tak leh nak layan sangat.lau tak, sian our lil hero kan.hurm.
cuma 1 saya pinta.....


Friday, January 20, 2012

SENTAP

salam
tau nak cite ape, maybe tak leh di luah ikut penulisan kot,
tapi yang penting hati saya SENTAP dengan tindakan-tindakan orang tertentu.
terutama apabila melibat kan ahli keluarga kecil saya.
sungguh saya ...

SENTAP..!
:'(


p/s: tengok la nanti kalo dah lega, saya updatekan sal story SENTAP neh.!

Thursday, January 19, 2012

EIRWAN'S JR.

salam..
saya rindu 'teady bear bernyawa' saya.hurm.
cepat la balik.
[macam tak pernah kene tinggal je.haiz.childish. ;p]
nasib baik la ade si kecik neh, dia la cinta hati pengarang jantung saya.dia la kawan, dia la musuh, dia la segalanya.selalu wat ibu feel dizzy with his naughtiness.
selalu buat ibu senyum, marah, ketawa, nangis.
warni-warni sungguh life dengan ade nya dia.
dia tu sapa lagi kan kalo tak, our lil hero.

baik punya posing..!walaupun mase ni marah ibu snap pic dia.
tapi tetap gak nak begaya-gaya.
dah tak duk diam, sebab mase ni ibu dah jadi paparazzi.
snap sana snap sini.hihihi
sopan nye, mulut tak nganga pun. ;)
muka takde perasaan..!geram saya..
mase ni he said to me 'diam'..gggrrr..
sebab ibu bebel suruh simpan sunglasses ayah.
duhai anak, love you till the end.

Wednesday, January 18, 2012

SALAM TAKZIAH

salam..pagi hari yang suram..di selimuti duka dan sedih..
TAKZIAH di ucapkan kepada our loves Sya atas pemergian nenda tersayang.
redha la atas pemergian arwah.semoga kamu tabah hadapi hari-hari mendatang.
Al-Fatihah

Tuesday, January 17, 2012

RINDU AYAH

salam..entry di petang hari yang hening..
rindu si jantung hati yang jauh.hurm.ni baru pergi 2 3 4hari kan.agaknye yang jadi wife-wife seafarer tu kan, macam mane la kan.mesti dorang kuat dan tabah harungi hari-hari tanpa kehadiran suami di sisi.hurm..sedihnya.tapi saya tak sekuat dorang.huh..dah..dah..takmoh fikir la.nanti touching plak.sebab rindu si dia.hurm..

ok la, entry kali nak drop by gambar aksi lil Erfan bila ber3G ngan si ayah..kalau anak dah excited ber3G, ibu lagi la kan.hihihi..ok la..
moh tgk gambar..tak banyak pun, 3 keping je.hihihi..
tapi aksi tu buat saya tercuit hati, bila tengok betapa besties nya dorang.




i love them till the end..!



p/s: saya malas nak buat watermark pada gambar..!haiz..


Sunday, January 15, 2012

Perfect PAVLOVA

salam everybody..hehehe..menggedik sungguh..!
al-maklumla ari ni "ROSALINDA" to be.ala-ala Spanish gitu.hihihi..
ok la, what a lazy sunday morning.wake up on 9a.m.hoho..
[punya tak senonoh..!]
then going to breakfast + lunch..then balik umah guling-guling depan tv sambil duk jeling-jeling kat My Sayang ngan lil prince tido.saya tak boleh nak tido.ape lagi, FB peneman setia.hurm.
then, bila husband bangun je, opkos la dia yang conquer remote Astro.dan seperti biasa, saya terpaksa melayan channel yang dia suke.what a surprise, dia on channel masak-masak la pulak.
sampai timbul 'keghairahan' untuk membuatnya.huh..
so ape lg, dengan nada manja dan memaksa, suruh My Sayang gi supermarket beli buah-buah.sebab bahan lain dah ade.buah je takde untuk di makan bersama dessert itu..
tung..tung..tung..tang..
taaaaarrraaaaaaaaaaaaaaaa...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

hurrrrmm.. CAAAAKK...!!!
hahaha..bawah lagi la..
scroll lagi..lagi dan laaaagggiiiii..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
credit to En. Askhwat..lawa gila gambar neh..hohohoho..
betapa saya berpuas hati, walaupun 1st trial.but not bad.lil prince suke yang kosong.
My Sayang, tak tau la brape cup dia belasah..hihihi.
ok la.malas nak ngomel.nak mandi.nak tido.kroh..kroh..

Thursday, January 5, 2012

pembuka 2012

salam.sebagai pembuka tirai 2012, empunya blog nak menempel di sini.boleh..?haha.boleh ke tak den tak fedoli.ini saya punya kan.jangan buat lupa.hahhha.ok la.malas nak mengomel.tunggu nanti mood ade baru cuci bersih ini blog.new look for this blog.?hurm.coming soon.babai..!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, December 21, 2011

rabu tanpa kata - 2

Sebotol 'PARIS HILTON' untuk bermanja dengan suami terchenta. ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Rabu Tanpa Kata - 1

Loves it damn much..!! Lupakan kalori, ingatkan Choc Mad. ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4