Friday, April 27, 2012

TAK SEMPURNA..

salam Jumaat..firstly, Ibu nak minta maaf ngan Epan.! sebab Ibu marah-marah kamu pagi tadi.Ibu sayang kamu sampai hujung nyawa Ibu. :(
Ibu tak sempurna untuk mendidik dan mengasuh kamu, tapi Ibu cuba untuk jadi Ibu yang terbaik untuk kamu, nak. :(
mood sungguh touching pagi tadi, sebab Ibu tinggikan sangat suara Ibu pada kamu dan tercubit lengan kamu. :(
apa yang di tulis ni, hasil bacaan artikel dari blogger-blogger di luar sana.terima kasih ye kerna sudi kongsikan ilmu-ilmu ini.InsyaAllah, Ibu akan ubah perangai Ibu.


40 Kesilapan IbuBapa Dalam Mendidik Anak-Anak Syurga

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak. 

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak. 

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak. 

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan. 

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan. 

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak. 

9. Kurang melahirkan kasih sayang. 

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak. 

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah. 

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan. 

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak. 

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak. 

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak. 

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca. 

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal. 

18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak. 

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak. 

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak. 

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul. 

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak. 

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak. 

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat. 

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak. 

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak. 

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak. 

28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak. 

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak. 

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak. 

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak. 

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak. 

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak. 

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. 

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak. 

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan. 

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak. 

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak. 

39. Tidak tegas mendidik anak-anak. 

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

No comments:

Post a Comment