Thursday, March 24, 2011

25.03.2010

Entry kali ni mengisahkan tentang our ''MAMA''..
25.03.2010, jam 6.42pm merupakan saat-saat genting bagi kami apabila MAMA bertarung nyawanya sama ada masih lagi dapat bersama-sama kami atau meninggalkan kami untuk selamanya..Tuhan lebih menyayangi MAMA.MAMA dijemput untuk pergi selamanya pada hari Khamis.MAMA menghembuskan nafas yang terakhirnya bersama orang-orang yang amat menyayanginya di Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu.Perginya MAMA meninggalkan kami 9 beradik yang masih lagi terkapai-kapai memerlukan kasih sayang seorang ibu.Dunia kami adik beradik gelap bagaikan berada di suatu ruang yang tertutup.Namun, kami terpaksa akur, kerana Allah MAMA datang dan kerana Allah la MAMA pulang.

25.03.2011, genap la setahun MAMA meninggalkan kami.Malam ni, kami adik beradik bersepakat membuat kenduri ARWAH MAMA.Kami mengharapkan MAMA baik-baik saja di alam sana.MAMA tak akan pernah luput dalam hati kami.Tiada yang dapat menggantikan MAMA, walaupun sekarang kami telah mempunyai ''MAMA'' baru.Majlis diadakan di surau.Tak besar pun, majlis sekadar mengingati..Terima kasih yang tak terhingga buat makcik-makcik iaitu adik beradik MAMA kerana masih lagi membantu kami walau apa jua keadaan.Jasa baikk kalian tidak mampu kami balas..

UNTUK MU MAMA..
MAMA..
Inikah hakikat yang wajar anak-anakmu terima?
Benarlah apa yang sering dikatakan, kita lebih menghargai seseorang apabila dia telah tiada..

MAMA..
Bagaikan baru semalam kami melihat dunia
Bagaikan baru semalam MAMA bersengkang mata melayan karenah kami
Bagaikan baru semalam kami lihat MAMA menahan sakit di katil
MAMA menahan sengsara dan derita
Kami bagaikan tidak sanggup melihat saat MAMA bertarung nyawa

Tapi..
Kami mempunyai naluri
Naluri seorang anak yang hanya mengerti MAMA sedang berusaha
Kami hanya mampu melihat dan tak mampu untuk berbuat apa-apa
Hanya mampu kami panjatkan doa agar MAMA kuat
Dengan bertanamkan Tawakal
Terserlah sedikit keceriaan MAMA
Tapi keceriaan itu hanya untuk mengubati kerisauan kami

MAMA..
Hari ini semua itu hanyalah kenangan MAMA bersama kami
Kami redha dan terpaksa tabah
Namun..
Kami ini lemah bila bersendiri
Kami ini masih lagi mendambakan kasih sayang seorang insan yang bergelar MAMA
Kami ini menjadi penagih rindu
Rasa rindu yang tak akan kesampaian

MAMA..
Kami menangis setiap malam
Jatuh nya airmata kami untuk mencari kekuatan
Bukan untuk menyeksa MAMA di alam sana
Mungkin MAMA memerhati kami di sini
Mengharungi liku-liku hidup yang penuh seksa
Kami derita mengingatkan kenangan-kenangan indah besama

MAMA..
Kami menabahkan hati untuk orang lain
Kami kuat di depan orang lain
Namun kami lemah longlai bila bersendiri

YA ALLAH
KAU HADIAHKANLAH CINTA DAN KASIH SAYANG-MU
KAU PELIHARAKANLAH KESEJAHTERAAN MAMA
KERANA KAMI TAHU, HANYA-MU, YA ALLAH
YANG MAMPU MENJAGA DIRI MAMA DI SANA DENGAN BAIK
AMIN

[AL-FATIHAH BUAT MAMA, PUAN ZELAHA BINTI MOHAMMAD]

**mereka bersatu**
**naluri seorang nenek**
[ pix ni merupakan kali terakhir jumpa MAMA di teratak Duyong.Dan kali terakhir dapat memeluk MAMA, 22.11.2009 di KL ]
**rindukan senyuman MAMA**
**kali terakhir raya 2009**

5 comments:

  1. sabar k, setiap yg datang pasti akan pergi, lambat tau cepat, itu hakikatnye,, kita yang hidup ni perlu tabah kan hati menempuh hari2 yang mendatang...

    p/s : sejak bila mu reti berpuisi neh, kompius i..

    -al-fatihah-

    ReplyDelete
  2. idea dtg mencurah2..pnjg lg sebenornya..tp bmb sombody hurts.. :'(

    ReplyDelete
  3. byk kn kenangan mu ngan mama mu.. pahit, manis, alhamdulillah akhirnya yg pahit tu semua berlalu, n akhirnya mu mampu bngia jugak dgn mama mu.. byk dugaan dlm fmly mu, bkn mu je kn, semua pun kena.. lepas ni, bersatulah kembali =) . xyah nk kenang2 lagi yg lepas tu, jadikan semua tu sejarah dlm keluarga mu, k..

    ReplyDelete
  4. ye r..ak ade story..tp nnt la ak cite k..!<3 u babe..!

    ReplyDelete