Monday, July 11, 2011

OPERASI

Salam
Entry lain lagi.
Entry malas nak mengomel.
Entry gambar je.
Hihihihi
Jom layan gambar


*di operasi oleh pegawai operasi*

*tangkap leleh liur*
hahahaha

*tahan je, tapi cuba 'servis' hidung dia, 1 Labuan dengar dia jerit*
*sensitip woooo hidung 'mancung' dia*





SEKIAN

'HADIAH'

Salam..Jumpa lagi di lain entry.
Entry ni nak cite sal lil Erfan la.Sape lagi kan, mesti la dia je yang curi perhatian kami si ibu ayah ni.

Okeh.Lepas buat apam dot tu, plan ngan [My Sayang] nak lepak tepi pantai.Tapi mase macam tak mengizinkan.Sebabnya, [My Sayang] shaye perlu menyelesaikan urusannya di opis.Huh.Tergendala lagi.Takpe la.Bukan kempunan pun kalau tak ke pantai kan.So pilihan kami ke Medan Selera saje.Minum air kelapa ngan makan sate.Ngidam bapak 'n' mak budak.Hahahhaa..

Untuk mendiamkan diri si kecik kami, biasa la kene ade umpan.Sementara makanan kami siap.
Ape lagi, single cheese la.Nasib ade burger stall kat situ, boleh la mintak beli cheese sekeping.Hahahaha..
[cam orang mata biru je anak shaye]

muka poyo.hihihihi.
macho la tu. ;p

gedix nya Erfan.ikut ayah la tu. ;p

Pas abes sekeping cheese tu, tetiba meter 'aktif' Erfan mencanak tinggi di sebabkan KUCING.He loves cat so much.Macam nak bela, tapi belum bersedia lagi la.Lari sana sini kejar kucing.Then main turun naik anak tangga kat medan tu.Dalam hati shaye cam nak terbakar.Lalalalala..Geram tuuu..~
Hurm..Jelepok..!Haaaa..ape lagi, nangka busuk shaye jatuh.Hahahaha.Mula-mula tak nangis.Rilek je ngan muka tak bersalah tu.Kene macam tu pun tak duk diam lagi.Masih lagi marah bila kita letak dia atas kerusi.Huh..Sumguh mencabar.Hihihihi.

Jadi...
Ni la 'hadiah' nya..Santek kan..?
Lawa la tu dah bergaris di lengan.

Memula kena tak nangis, pas shaye tunjuk lengan dia dah berdarah, baru la nangis.And ni la modal dia nak meraih simpati.Lau dah buat salah, then takut kene marah, mula cakap ''atit''..Sakit la tu konon..3hari 3 malam ni nanti bersungut ''atit''.Hahahaha



SEKIAN

Apam Polka Dot

Salam..
Apam Polka Dot..sumguh ketinggalan shaye kan.. :(
Hurmm..Takpe, at least shaye penah mencuba untuk membuatnya.Hihihihi
[back up diri sendiri]

Ok la.Orang lain dah bekurun lame pun mencuba resipi ni.Tapi shaye baru terhegeh-hegeh nak buat.Bukan ape, minat untuk 'baking-membaking' ade.Tapi kalu mood tu takde, tak menjadi kan.?Sebab buat sume keje mesti nak keikhlasan, lau tak, macam takde restu je menda tu nak jadi.
[alasan je sume tu]

Ok la.Nak story perihal apam ni.Sumguh comel dan memikat hati shaye dan anak beranak.
Mula-mula buat ni, rase sedikit kecewa.Maybe salah step kot dan care buat tu dalam keadaan 'berjaga-jaga'..Maksudnya macam, nak sukat bahan-bahan, memang shaye buat dengan teliti.Tapi takde jodoh shaye ngan apam tu.Apam tu jadi 'Si Buruk Rupa'..Hahahaha..Tak lama pun stay kat dapur, terus shaye biarkan dia tinggal aman damai dalam tong sampah.
[membazir gila]

Next 2 days, so petang semalam la shaye tergerak hati lagi nak buat apam tu.Minta izin laki u'll nak buat.Hihihi..Sebab ape, nak suruh tengok kan our lil Erfan la.Mane la tau, [My Sayang] ade keje.Takut la mengganggu dia.Ok.Green light.Tanpa berlengah, terus ke dapur siapkan bahan.
Selepas bertungtang-tungtang di dapur, acuan pun siap.
Jom kita layan gambar yang sempat di ambil hasil dari usaha shaye. ;)

*sedia untuk di kukus*

*sebelah kiri tu 'Si Buruk Rupa', maybe terlalu lama kena kukus*

*halfcup je sebab ingatkan dia 'kombang'*

*sedikit berpuas hati.tapi kene usaha lagi.nak lagi shomel n santek*










p/s: shaye tak share la resipinya sebab lau search kat google, menimbun-nimbun resipi dia keluar.boleh cuba ye.Lastly, thanks to [My Sayang]..you banyak support and tolong i..Love u.. <3


Wednesday, July 6, 2011

Choc Strawbery

Taaaaaaaaaaaaaarrrraaaa...
*
*
*HOMEMADE CHOC STRAWBERY*


sangat comot kan?
tak pe la.janji sedap shaye 'ngap'.
hahahaha.
malam-malam buta buat keje neh.
takde cooking choc pun.
cadbury black forest pun also can la.
main belasah je.hihihi.

Tuesday, July 5, 2011

Saya, Dia dan Kami

KAMI
tak banyak pun gambar kami lengkap 1 tiny family neh
so, gambar ini sumguh berharga.walaupun tak berapa nak santek

SAYA DAN BUAH HATI Jr.
shaye suke menyelit-nyelit.hahahaha.
walaupun [My Sayang] said, ''nyelit je''
takpe.memang shaye suke gitu.

DIA..OUR HERO
penatkan yang, follow i sopim.
hehehe..by the way, thanks dear for being our HERO for our little tiny family
Love you so much
XOXO

lil Erfan on CAMERA..!

Salam..
Entry apakah pulak kali ni yea korang..Hurm, ape lagi pasal lil Erfan la..Posing sana cini bila jumpa kamera.Then pandai lagi tu menggayakan like a photographer.Tapi pakai henpon ibu atau ayah je la..No more camera.

Ok..Enjoy the picture..~
Sempat snap mase di KK hari tu..
perjalanan Labuan ke KK
bukan main lagi anak teruna shaye ni kan
kalah Awal Ashaari u'll
=P

pic ni di snap pas a few hours sampai di KK
Terus pegi Central Point
Nak naik mende alah kereta tu NON-STOP, sesak napas ibu Erfan ooii..!

pic ni pulak di snap sebelum kami keluar sopim
ala-ala model kan
[model la sangat]
siap awal-awal, senang nak urus dia

posing dulu ngan telepon
macam operator junior je
asik duk 'EYOO - EYOO'
hahahaha

pic ni pulak mase lil Erfan duk tunjuk-tunjuk and say 'RIVER'
how come dia panggil mende alah tu 'RIVER' sedangkan
nampak macam unggun api kan.haih
[hairan ibu dik eh]

ni haaa...
lori TONKA yang weightnya lebih kurang ngan lil Erfan
ke hulu hilir bawa mende alah ni
dapat ni sebijik, terus kami dapat sopim dengan aman
muahahha

mam ayam

dah bosan and penat mungkin
aksi liuk lentok lil Erfan di KRR at 1Borneo


Monday, July 4, 2011

GIANT BURGER

Salam..
Lame je tak hapdet..Mase [My Sayang] takde, everyday u'lls i hapdet.Kekekeke..Biasala 'hangin' rajin ngan mood datang untuk nak post entry-entry lam blog neh..Ni mood rajin datang lagi setelah pulang dari berjimba ramba di KK.

Ok.. Entry kali neh pasal makan sana makan sini.Cheewwwaaahh..~
Lepas berhempas pulas sopim sane, sopim sini..Ngee~
Hurm..Ok2, korang penah pegi makan kat restoren 'Burger King' tak..?Mesti penah kan..Jarang jumpa orang yang tak makan 'fastfood' neh..Hahahaha~
[ walhal empunya blog neh 'HANTU' fastfood ]
Tapi besar ke burger kat sane..?Tak pun kan.Normal size as usual kan.Urmm..Tapi nape bagi name BURGER KING..?LOL

Haaaaaa..Hari tu mase pegi KK, sempat la jugak menyinggah di Hawker Stall, Tanjung Aru.Kat sana banyak stall yang beroperasi dari petang hari sampai lewat malam.Macam-macam ade.Banyak pilihan..Ikut selera tekak korang je nak makan ape.Bakar-bakar pun banyak.Fresh lagi tu.[My Sayang] choose gerai ikan bakar Alipah.Order makan kat sane.Cuma shaye je nak pelik dari orang lain..
[sgt membazir okeh]

Kat sini ade menu pilihan hati shaye..!
*Ni dia gerai pilihan hati shaye*

*Pakcik neh yang promotekan GIANT burger pada shaye*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Taaaaaaarrraaaaaaaaaa.....
*Giant Beef Burger with Mushroom*
RM10

*1slice ni dah buat shaye kenyang and burp kuat-kuat*
[sgt tak senonoh]
Shaye dapat telan 3 slice je.Tu pun macam nak termuntah.Macam masuk peraduan makan paling lahap dah pun.Kekekekeke..Takpe, sekali ni je pun shaye try.Nanti tak lagi kot.Hahahaha..
*Memang Super GIANT kan*
Hubby test letak tapak tangan dia..Konpem tapak tangan you kecik yang ooii..!
Hurmm..Tu je la nak kongsikan besama..Lau korang ke KK, singgah la sini.Best woo tempat dia.Santai je..Dekat ngan airport KK..Boleh nampak kapal terbang nak landing and naik..Santekk..Malah dekat jugak dengan Tanjung Aru Beach..

Thursday, June 30, 2011

Our 'SOULMATE'

Salam..Mood sebenarnye dah takde nak hapdet neh gara-gara macam problem je blog @ GC [google chrome]..Huh..Dah banyak kali taip, tapi tak publish sebab bila baca balik cam tak sesuai je title entry ngan kandungan entry.Huuhuhuu..Takpe, abaikan je.Jari saya dah mula nak beketup-ketap ngan keyboard neh.Mood engine dah mula panas.Hihihi..

Entry kali ni pasal 'OUR SOULMATE'..Umum pun tau sape dia..He is [My Sayang]..Perasaan tak, dalam entry-entry lalu, tak banyak pun kisah dan al-kisah pasal [My Sayang] kan.Asik kene selit sikit-sikit je.Takpe, glemer jugak ade naik sikit-sikit name tuh..So, entry kali neh takde ape pun.Saje nak share 'kesungguhan dalam keinginan' dia..Waaahhh, ayat tak boleh blaaaahh..~

Ok.Malam tadi ade bola kan kat stadium Bukit Jalil, dengan 'kesungguhan dalam keinginan' dia sanggup drive balik dari KKB to KL.Perjalanan almost take 2hours kot.Haih yang, bersemangat waja kamu kan.Mase final Piala FA tu kan, ade dia cakap "dah lame abg xmasuk stadium tgk bola, live..Skrg duk jauh lagi sgt x merasa..", lebih kurang ayat cenggitu la..Naaaahhh..Tak lame pun tunggu mase nak fulfill kan ayat "dah lama tak itu ini" awak tu..
*
[our chhuuwweeet heart]
*

Pastu kan kalo nak shopping, nawaitu bagai nak rak dari rumah..Cakap ''nnt sampai sane, ibu ngan epan je la shopping,abg xnk.Sume dah ade.'',sekali dia yang menonong tuju ke arah tempat biasa..As usual, kalau ke CP KK mesti dia konpem-konpem cari 'kakak' dia tu.Sampai kakak tu dah cam kiteorang anak beranak.Huuiihh pemes you yang..Muahahhaa..Nanti kalo kita dah dapat balik semenanjung, mesti dia tercari-carikan you.Hahahhaa..~

Ok la..Sampai sini je entry kali ni..Mood berjimba ramba dah 50%..Count for 'holiday mood'..Just a few hours i'll get [My Sayang] back.Muahahahaha~

*SEKIAN*

Tuesday, June 28, 2011

Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah..
Keadaan dah pun semakin pulih.Our lil Erfan dah ok.!
Semalam dah start makan.Tak makan nasi la, makan mee goreng.Takpe la, janji dia makan.Pastu cookies yang beli di Cosway.Too sweet.!Dia suka la pulak.
Takpe la nak, makan je..
[pembuka nafsu makan anak teruna]

Semalam jugak, lil Erfan dah pandai sembahyang sendiri, siap sujud.Ruku' tak bape nak jadi..
Alhamdulillah..
Semoga kekal sampai bila-bila..Amin
[baru nak mulakan solat Maghrib]

[Sujud syukur, lame ngat]

[tak sempat baca doa pun, dah gelak-gelak]

Ni pic pagi tadi.Bising mulut dia bebel panas-panas.Hahaha..Ingat ada Puteri Lilin je, rupan nya anak bujang shaye pun begitu.Walhal, baru je ayah tinted baru.Haih.Panas pagi sayang, takpe.Pantang ade cahaya matahari, terus je ckp 'anas-anas'.Ayah dia selalu warning shaye.Sebab shaye pun begitu, selalu je cakap 'panas-panas'..Muahahaaha~

Monday, June 27, 2011

Rindu Ayah

SALAM
Dah 3 hari [My Sayang] tinggalkan rumah.
Tinggalkan kami untuk mencari rezeki.
Takpe, shaye paham..You cari duit, rezeki untuk kami anak beranak jugak.
Hurm..Entry yang menyentuh hati naluri seorang ibu dan isteri.
Pasal lil Erfan la neh..Rindu ayah dia..He is very close to his ayah.

Pagi sebelum ayah gerak, lil Erfan bangun mencari ayah.Minta dukung walaupun mase tu Erfan macam separuh sedar je.Macam tau je ayah dia nak g keje lama.Minta ayah buatkan susu.Dah minum susu sesama ngan ayah, dia sambung tido.Hurm..

1st night ketiadaan ayah, lil Erfan sedikit meragam.1hari suntuk tu tak tido.
Asik kene marah ngan ibu sebab wat 'keje' yang bukan-bukan..
Ok..Petang Sabtu, shaye tido.Tapi dia sorang-sorang main.Kalau dah diam and syok main, mesti ade la 'keje' yang lil Erfan buat.Tapi takpe la.Janji tak kacau shaye tido.Hihihi..
Dalam jam 5lebih petang tu, bawak Erfan pusing-pusing bandar.Dah tertido dalam kereta.Dah la nak maghrib mase tu.Nak kejutkan, kesian pulak.So, biarkan je la..
Bangun balik setelah dikejutkan oleh 'Onyang' dia.Mandi,makan sume.
Sampai la jam 12tgh malam, lil Erfan still lagi tak tido.Takpe, ibu layankan je.Sebab sok Sunday kan.Mood bermalas-malasan.
Ok.Nak suruh tido bukan main payah.Kene gosok belakang la, main telinga la.Nak peluk la, nak suruh genggam tangan la.Haishh..!Nasib kamu sorang je, kalau tak, dah tak terlayan.
[gara-gara si ayah yang buat sebelum tido]
*
*syuweeett*
*xtau bila terungkai genggaman ni*
*
Haaa..Malam tadi pulak..Lil Erfan tido awal.Dalam jam 9.30malam cenggitu.Terus sampai pagi.Tapi sebelum tido tu nak kene peluk and nak tido dalam pangkuan.Hurm.Takpe.Sanggup je shaye.Dalam jam 11, bru bawak dia naik atas.Sekali mencari dia baju ayah dia.Hurm peluk la ngan baju tu.Dah tengah malam, tak tau dah mane pegi baju ayah.Sebab lil Erfan dah lintang pukang tido.Siap bertukar tempat ngan ibu.Haishh..
*
*rindu*
*lena dia tido, even flash duk lip lap =P*
*sabar ek, Jumaat ayah balik*
*sayang betul kat ayah dia.ibu sayang jugak!!*

Bukan setakat susah nak tido je, makan pun same.Dah dua hari ayah dia balik KL, dua hari juagk la Erfan tak makan nasi.Hurm..Susah hati shaye.

Entry ni tunjuk lil Erfan punya je la even ibu pun ade baju n kain pelikat ayah.. =P


To [My Sayang] :-
Yang, kami rindu awak.
Cepat balik yer..!
Epan selalu cari awak..
Buka blog, bukak FB, mesti sebut 'ayah'..
Pastu gelak, senyum.
Yang paling dia suka tengok profile picture shaye kat FB
Sian dia.
Sunyi je umah neh.
Lau tak bising je sebab awak suka nyakat epan.
Nyakat shaye.!
FYI, epan dah tak makan nasi dua hari.
Bagi nasi taknak..RIndukan awak la tu..
:'(

Saturday, June 25, 2011

3G..

Nak nangis..!!
Tengok lil Erfan sakan nangis bila nampak ayah mase buat 3G..!
Macam tak sanggup dah buat 3G..!!
Ayah selamat sampai Terengganu jam 6.30 petang..Nak buat video call tak dapat make conversation with his lil prince, sebab still sleeping..
So, dalam jam 8lebih baru la lil Erfan dapat tengok ayah..
Tapi dia tak panggil ayah pun..Terus nangis.!
Mungkin..........
Rindukan gurau senda ayah..!
Rindukan pelukan ayah..!
Rindu nak main sama-sam ngan ayah..!

Hurmm...
Ni la orang cakap kan..
Jauh rindu-rinduan..
Lau ade dekat tu, cam 'catdog' je..
Tapi bukan serious pun..
Gadoh-gadoh manje..

Malam ni macam mane la lil Erfan nak sleep..!
Mesti mencari-cari..Siang hari ni pun dah merengek-rengek..!
Hopefully takde la lil Erfan meragam malam ni..
Baju ayah tu boleh la jadi penawar rindu Erfan kat ayah..

:: Balik cepat, kami rindu ::

Gelabah..!

Uwaaaaaaaaaa...
Malu + ngan nak jerit je..~
Bengang pun ade sedikit..!
Dah la [My Sayang] takde, hati kecil sedikit meruntun.!Werk..!
Lalalalalalalala..

Meh nak story..Cam biasa, today keje..Halfday..!
So, pepagi lagi [My Sayang] dah tanye, nak hantar dia pegi airport ke tak..Shaye jawab tak kot..!Mata shaye ngantuk..!Hihihihi..Plus jugak lil Erfan punya best bedengkur tido..Semestinya la shaye jeles kan..~
Flight jam 7.50pagi..Tapi jam 6.40pagi cenggitu, [My Sayang] dah pegi check in dulu.Hantar beg sume.Pastu jam 7.05pagi, terpacak depan shaye..!Hihihihihi..
Mase untuk bercekarama with mood sedih..!Dah pesan berpesan..Nasihat menasihat, ber'love-love' bagai, jam 7.25pagi gerak pegi balai minta anggota hantar pegi airport..
Ok..Selesai la part tu..



Ni part kelam kabut shaye..!Benci..~
Selepas [My Sayang] gerak, terus bangun, mandi and siapkan diri..Lil Erfann masih lagi di buai mimpi indah, sampai dah off aircond pun masih lagi sama keadaannya..!
Dah jam 7.50 pagi..Harus gerak ke opis..!Angkat my anak bujang..Letak di sofa dulu.Sebab nak masukkan dia punya beg and start enjin..
TETIBA..................





KERETA TAK BOLEH START..!!!

Lam kepala otak, mati la aku kali ni..Time laki takde kereta buat perangai..1Tapi yang peliknya, tadi anggota pakai 'FERARI' gak tu hantar [My Sayang].Camne pulak sekarang dah tak leh nak start..Hurm..

CUAK..~

SEDIKIT BERAPI..~

PANIK..~

BLLUUUURRRR..~


Call Mommy Epan, tanya ade tak hubby dia.Sekali dia cakap, dah keluar..!Alamak..!Mati la cenggini..

Call 'KETUAK', [penjaga shaye tika hubby takde]..Dia cakap dia akan datang kejap lagi..
Berketup-ketap nekan nombor [My Sayang] walhal dah tau, dia dalam flight..!
Cam nak nangis..!Uwaaaaaaaaaaaaaaaa............
Last choice, kejutkan adik shaye yang sedang tido..Dah siap buka bonet tengok semua okeh.!
Di mulut shaye cakap, ni mesti batteri tak okeh..!
Dalam duk kelam kabut tu, tetiba dengan enjin kereta hidup.!Aik, macam mane boleh, tadi aku buat tak boleh..?Tanye la..Apa punca dia tadi buat takleh start?




Sekali adik cakap ...........................


Gear ' R' la, memang sampai tahun depan takleh start..~

HAH..????
[malunya shaye, and cepat-cepat call KETUAK cakap kereta dah boleh jalan.nak sorok muka lam bantal..!Werk..~]


MORAL : Check gear, check sume bagai sebelum start kete..!Jangan ?Gelabah..~



Friday, June 24, 2011

FINAL MAHARAJA LAWAK

Salam
Pejam celik, pejam celik, MAHARAJA LAWAK dah pun FINAL malam neh..!
Agak-agak sape la yang MAHARAJA tu kan
Hurm..
Pilihan hati
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
[ni pilihan saya]

[lau yang di atas tak dapat, ni dapat pun okeh jugak]

‎:: EXPECT the UNEXPECTED ::

SALAM
[feel mood sedih ye sume pembaca.hihihi..]


:: EXPECT the UNEXPECTED ::

Ape yang EXPECT..?Ape yang tak UNEXPECTED nye neh..?

Sebenarnye kan, shaye dah mood nak holiday neh..!
Baik punya plan ni.Hihihihi..Berjimba-ramba ke KK lagi
Sonoknya..Nak shopping raye la katakan
[puasa pun tak abes ganti lagi..werk..!]
Plan nye nak pegi 1hb till 3hb Julai
Tapi..





Malam semalam [My Sayang] received the sms
Yang mengatakan .......

'' KENA HADIRI MESYUARAT/KURSUS KETUA PGO "
Selama 4hari
Bermula 27hb till 30hb Jun
[sedihnya hati shaye]
Walaupun start 27hb, tapi [My Sayang] kena balik awal.Maybe esok pagi flight
Then drive to Terengganu.Ade sumtim yang perlu [My Sayang] uruskan di sana
Hopefully, selamat perjalanan pegi dan balik.Insya Allah
Hopefully jugak my FIL and MIL accompany him going to Terengganu tu

Tapi.........
Plan shaye camne??


Nawaitu saya macam nak teruskan juga plan tu
Tapi kesian kat [My Sayang]
Dah penat-penat
Flight balik Labuan maybe on Friday morning
Then tengah hari dah nak start long journey to KK.
[cam kejam je kan]

Hurm..Ape-ape pun tunggu je la ape [My Sayang] bagi keputusan
Waiting..Waiting..Waiting..




Thursday, June 23, 2011

TRANSFORMERS

Salam..
Transformers la pulak..!KFC neh..Menggugat iman shaye, [My Sayang] and lil Erfan too..
Muhahahaha~

Ok, cenggini..2hari lepas dapat MC.So, rehat kat umah.Memang tak masak la..Plus lagi bahan basah lam fridge takde.Ape lagi, fast food and nasi ayam menjadi pilihan..Hurm..Semalam, lil Erfan pun ponteng dari pergi taska.Hihihi..Shaye bosan kalau takde dia.

Teringin nak makan jelly ice cream tuh..Tapi sebalik nya lak jadi.!Tetiba nafsu makan [My Sayang] membuak-buak.Hihihi..Penuh meja order.Macam ramai je kat umah tu.Haih..
> 1 set colonel chicken rice
> 1 set snack plate
> 1 set toasted pocketful
> 1 jelly ice cream
> 4EKOR TRANSFORMERS [borong]
:: our dinner last nite ::

Huh..Ngalah kan naga agak nye perut kami-kami neh..Hihihihi..

:: meniarap abessss ::
:: dah tak nak makan, kenyang main ni ::

:: sampai tertonggeng-tonggeng ::
:: last, sebelum tido malam td, lawa je anak teruna susun kat alamari tv neh ::

Set of .....

Salam..
Entry laju..!
Share pic Erfan ngan Set Colour Pencils..
[FOC by JBPM..Muahahahahha~]

Present from ayah.Suh dinding umah lagi lawa and canteeekkk..!
Memang TERBAHEEEKK..!

Beruntungnye budak zaman sekarang..!Full set..

2minit je conteng-conteng..!Pastu rayu ngan ayah nak keluar main kat taman.
Ibu busy masak nak bukak puasa..