Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Tahniah..!!

SELAMAT PENGANTIN BARU ACHIK & AYAH CHIK..SEMOGA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA.AMIN..

Friday, March 2, 2012

Getir..

salam..Jumaat yang indah.
1001 keputusan.tak tau mane nak pegi, kiri ke, kanan ke.
1001 komitmen perlu di fikirkan.BUNTU.
hmm
01.03.2012
musibah melanda lagi.perit getir nak kene harungi ni semua.
1 berita baik beribu berita buruk.Oh Tuhan, cekal dan kuatkan la hati hambaMu.bimbingla kami, lapangkan la jalan kami menuju ke arahMu.
last few days, got the goodnews.tapi x sure lagi la.apa-apa pun nanti kita tunggu entry yang berikutnya.
tapi petang semalam, received call from my sister.gtau abah kene serang ngan gajah.
Oh Tuhan, Kau sisihkan dia dari perkara-perkara yang tak diingini.. :'(
perasaan bercampur baur, marah, kesal, sedih dan semua la.tak tau mana nak tuju, depan, belakang, kiri, kanan.hmm..susahnye tinggal jauh dari family. :'(
gajah muda yang menyerang abah.
hmm..kejadian tejadi jam 12lebih tengah hari macam tu.abah & group dah masuk hutan sehari sebelum kejadian after terima aduan dari orang kampung berkenaan gajah tu kacau kebun-kebun dorang.so sebelum kejadian tu, gajah tu pun dah kene 2 das pelali.tapi masih tak jatuh.tapi sebalik nya pulak yang terjadi.bila gajah tu naik minyak, dan tak sedar gajah tu dah serang dari belakang.memandangkan abah orang paling belakang, abah la yang kene.teamwork yang lain cuba tembak gajah tu sampai mati.
pas begelut, paramedik pun lambat sampai untuk keluarkan abah dari hutan tu.
dalam 2 jam lebih jugak la, baru la dorang bawa ke hospital daerah.tapi kelengkapan tak mencukupi dan abah yang minta supaya dihantarkan ke hospital ibu negeri.hmm
ni la abah selepas kejadian.keadaan separuh sedar, mungkin daripada kesan bius tahan sakit tu.
as per i know, tulang rusuk kanan patah 3, muka dah lebam.kami risau kalo tulang rusuk tu terkena paru-paru.juga terdapat darah beku.
hmm..serious, saya amat risau.keadaan amat berbelah bahagi sekarang.
apa-apa nanti saya update lagi.doakan abah saya. :'(

To Abah,
semoga kamu kuat hadapi ujian ni.dan sesungguhnya, anak-anak tidak akan membiarkan kamu walaupun kamu telah mempunyai pengganti untuk Arwah Mama.Kamu sampai akhirat SUPER HERO kami. :'(


Friday, October 7, 2011

Candid - Erfan Darwisyh is 2

salam.
very the awal morning, i hapdet you.muahaha.
punya la rajin kan, rase macam nak rojak-rojak kan je entry.tapi gambar banyak la pulok.!haih.
hurm.entry kali ni pasal 2nd birthday celebration for Erfan Darwisyh.celebration ni pun sekali ngan open house and tahlil untuk arwah mama kat umah MIL.memandangkan ini je la mase kami nak jumpa sedara mara.masa lain dah susahkan, sebab jarang balik.maklum la, duk 'over the sea'.hihihi.
majlis ni di buat pada tarikh birthday kami, 6.9.2011.malu nak ngaku kami same date birthday.sebab saya dah tua, so just mention our prince saja la.hihi.
mase majlis ni buat jugak, lil Erfan kene Chickenpox.huhu.mase tu dah hari ke 5.so, sangat la comot muka dia.hurm.takpe la.abaikan je, janji tetamu dan keluarga happy.!!
ok la.jum layan gambar.biar gambar berbicara lagi. ;)

the goodie for tetamu untuk tahlil Arwah Mama :(
time to sing and cut the cake.hihihi.najlis start lam kul 8 gitu.
mak birthday boy and birthday boy yang comot. ;p
*
the cake
ibu malu nak letak name kat kek. ;p
*
*
*
*
*
menu-menu nya
our 'wan' and 'nyonyeng' pada Erfan.hihihi
*
as always, our VVIP ;p
bila budak-budak ni besatu, keliling taman tak hengat.!
*
*
bakal pengantin ;p
dah kene paksa masuk umah ;p
Lastly
L.O.V.E
sorang takde, hantar gelpren.haha.

SEKIAN

Thursday, October 6, 2011

Open House - Pulau Duyong

salam.
entry baru.huh..rajin nya dia..opkos la wei, line baik punyerrr..!hahaha
lagi satu sebab tak payah nak edit gambar dah.saya malas dah.hihi.lagi pun dah buat protection untuk yang right klik tu.hihihi.
ok la.jum la layan gambar.kepada kawan-kawan, terima kasih yer.sudi datang ke teratak buruk saya untuk memeriahkannya.waahhh.ayat, tak leh blaahh. ;p

manja ngan ayah long lu, sebelum meng'openkan rumah'..hihi.
tetamu lom datang lagi.

tetamu mula datang, busy nye 'Mem' saya tu.kikiki..
bigboss. ;p

bigboss check menu.cukup ke tak, betul ke tak susunan. ;p

antara VVIP Guest. ;p
awal ye datang.bedondon ngan sarung kusyen tu.
muahaha

owh..!rombongan cik kiah saya dah sampai..
muahx..muahx..muahx..
rindu kalian.hihihi..
also VVIP Guest ;p

jemput makan ye kawan-kawan.
sedap ke tak, tak tau la yer.hihihi
pas makan, kita bergambar-gambar. ;)

waaahhh
saya suka picture neh damn much..!
loves korang ;)

thanks k.yah sudi datang

k.yah's daughter
geram tengok kakak ;)

thanks jugak untuk Pok Awie and Abg Zam

thanks kakak ku sayang, k.gie
sudi datang teratak buruk di duyong.jumpa saya.
love u..! ;)

thanks k.nor, sebab meng'gila' kan ira sepanjang kat umah tu

k.nor's husband, mr. arifaizal with [My Sayang]
ape la yang dorang duk borak.
faham ke laki saya tu.?
tengok berkerut dahi.jangan jadi ayam ngan itik dah la.. ;p

VVIP Guest yang datang lambat.huhuhu.
[My Sayang] frens, dari kiri pokcik awie, tengah Pokcik a.k.a Oshik. ;p

bigboss berenti rehat jap.penat layan tetamu ;p

my satu-satunya abang and his wife, linda

farish kene kejut dari tido.mood dok molek lg. ;p

dan
*

*

*
bila budak dua orang ni jumpa tanah..!
ggrrr..ibu ayah langsung tak pandang.takpe, main la puas-puas.nanti dah balik Labuan dah takleh nak main ngan abang Erel.rindu Abang Erel. :'(



berlari ke sana ke mari tak hengat..!

Lastly..

*

*

*

*
kami sama tapi tak serupa



SEKIAN

Tuesday, August 9, 2011

CONT CERITERA RAMADHAN

salam.
jumpa lagi.rajin nya saya di bulan Ramadhan ini.
cuci bersih my blog.ngee.
30hari puasa, agaknye 30 la entry saya kan.
hahaha.takpe la.saya suka nak kongsi cerita saya walhal saya tau, takde sape pun bace.
[rendah diri la pulok.. ;p]
ok.kita continue ceritera Ramadhan.

Ramadhan #5
tak semua tau, kami telah membuat 1 keje gila.LOL
kami balik kL.rindu keluarga di sana.so pada hari itu amatla tidak adil untuk kami.wahh.statement tak leh blahh..hahaha.kami sahur awal, then buka puasa lambat.haha.
never mind la.saje nak gurau.
ok.flight kami dari Labuan jam 10.40a.m.tiba di LCCT jam 1.05pm, dijemput oleh adik ipar saya.terus ke umah MIL.perjalanan amik masa lam 45minit cenggitu la.
setiba di umah, terus masuk dapur.al maklum la, MIL dah awal-awal gtau dia OFF untuk masuk dapur hari ni.so, bermula la ketuk-ketuk Ramadhan with Ibu Lin.
antara menu kami hari tu :-

1. Nasi Putih
2. Masak Tempoyak Pucuk Ubi by MIL
[by En.Google ;p]
orang N9 wajib pandai makan neh
3. Udang Buttermilk by SAYA
4. Lobster Stim by SAYA
5. Ikan Siakap Sira Lada by Ibu Lin
6. Ikan Siakap Masam Manis by Ibu Lin
7. Kerang Rebus by MIL
8. Air Sarsi Ais by BIL
9. Air Sirap Limau by BIL

[semua gambar tak sempat amik, kita tunggu Ibu Lin hapdet blog dia.dia banyak snap picture before break fast]

Ramadhan #6
untuk hari ke 6 puasa, the whole of Hj Hussin members buka puasa kat Hotel Equatorial Bangi.thanks to Ibu Lin sebab booking untuk kami semua.gambar-gambar time ni pun tak banyak ngan saya.kita wait Ibu Lin kasi.pastu kita hapdet entry lain.cuma nak cakap, best la buka puasa kat situ, berpuas hati dan rasa berbaloi la.

i love this picture most

melantak tak hengat

Ramadhan #7
uwaaa..hari ke 7 puasa, kami dah pun tiba di Labuan.macam sekejap je kan.huh.
takpe, janji dapat spent time ngan family.amat berharga.
untuk hari ke 7 puasa, saya tak maska pun.just panaskan sambal kerang petai made by my MIL.waallaaaahhhh..sedap.al maklumla, kat Labuan ni takde kerang-kerang neh.tapi seafood mewah la.pastu extra lauk just cari kat bazaar je.penat pun belum hilag lagi, camne ank masak.
[alasan je tu weih.. ;p]
[from En. Google also]

Ramadhan #8
hari ke 8 puasa, saya masak Gulai Udang Galah.sedap.[My Sayang] pun cakap sedap.
[perasan ;p]
ditokok tambah ngan telur dadar, sayur campur ngan sup tulang yang superb from kak Jess.walllaaahh.. ;p
my udang galah masak curry




korang perasaan tak, saya takde share resipi pun kan.hurm bukan apa.bukan 'kedek' tau, tapi semua resipi saya google je.bak kate orang, semua di hujung jari. ;p

Thursday, March 24, 2011

25.03.2010

Entry kali ni mengisahkan tentang our ''MAMA''..
25.03.2010, jam 6.42pm merupakan saat-saat genting bagi kami apabila MAMA bertarung nyawanya sama ada masih lagi dapat bersama-sama kami atau meninggalkan kami untuk selamanya..Tuhan lebih menyayangi MAMA.MAMA dijemput untuk pergi selamanya pada hari Khamis.MAMA menghembuskan nafas yang terakhirnya bersama orang-orang yang amat menyayanginya di Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu.Perginya MAMA meninggalkan kami 9 beradik yang masih lagi terkapai-kapai memerlukan kasih sayang seorang ibu.Dunia kami adik beradik gelap bagaikan berada di suatu ruang yang tertutup.Namun, kami terpaksa akur, kerana Allah MAMA datang dan kerana Allah la MAMA pulang.

25.03.2011, genap la setahun MAMA meninggalkan kami.Malam ni, kami adik beradik bersepakat membuat kenduri ARWAH MAMA.Kami mengharapkan MAMA baik-baik saja di alam sana.MAMA tak akan pernah luput dalam hati kami.Tiada yang dapat menggantikan MAMA, walaupun sekarang kami telah mempunyai ''MAMA'' baru.Majlis diadakan di surau.Tak besar pun, majlis sekadar mengingati..Terima kasih yang tak terhingga buat makcik-makcik iaitu adik beradik MAMA kerana masih lagi membantu kami walau apa jua keadaan.Jasa baikk kalian tidak mampu kami balas..

UNTUK MU MAMA..
MAMA..
Inikah hakikat yang wajar anak-anakmu terima?
Benarlah apa yang sering dikatakan, kita lebih menghargai seseorang apabila dia telah tiada..

MAMA..
Bagaikan baru semalam kami melihat dunia
Bagaikan baru semalam MAMA bersengkang mata melayan karenah kami
Bagaikan baru semalam kami lihat MAMA menahan sakit di katil
MAMA menahan sengsara dan derita
Kami bagaikan tidak sanggup melihat saat MAMA bertarung nyawa

Tapi..
Kami mempunyai naluri
Naluri seorang anak yang hanya mengerti MAMA sedang berusaha
Kami hanya mampu melihat dan tak mampu untuk berbuat apa-apa
Hanya mampu kami panjatkan doa agar MAMA kuat
Dengan bertanamkan Tawakal
Terserlah sedikit keceriaan MAMA
Tapi keceriaan itu hanya untuk mengubati kerisauan kami

MAMA..
Hari ini semua itu hanyalah kenangan MAMA bersama kami
Kami redha dan terpaksa tabah
Namun..
Kami ini lemah bila bersendiri
Kami ini masih lagi mendambakan kasih sayang seorang insan yang bergelar MAMA
Kami ini menjadi penagih rindu
Rasa rindu yang tak akan kesampaian

MAMA..
Kami menangis setiap malam
Jatuh nya airmata kami untuk mencari kekuatan
Bukan untuk menyeksa MAMA di alam sana
Mungkin MAMA memerhati kami di sini
Mengharungi liku-liku hidup yang penuh seksa
Kami derita mengingatkan kenangan-kenangan indah besama

MAMA..
Kami menabahkan hati untuk orang lain
Kami kuat di depan orang lain
Namun kami lemah longlai bila bersendiri

YA ALLAH
KAU HADIAHKANLAH CINTA DAN KASIH SAYANG-MU
KAU PELIHARAKANLAH KESEJAHTERAAN MAMA
KERANA KAMI TAHU, HANYA-MU, YA ALLAH
YANG MAMPU MENJAGA DIRI MAMA DI SANA DENGAN BAIK
AMIN

[AL-FATIHAH BUAT MAMA, PUAN ZELAHA BINTI MOHAMMAD]

**mereka bersatu**
**naluri seorang nenek**
[ pix ni merupakan kali terakhir jumpa MAMA di teratak Duyong.Dan kali terakhir dapat memeluk MAMA, 22.11.2009 di KL ]
**rindukan senyuman MAMA**
**kali terakhir raya 2009**