Thursday, August 18, 2011

Habit ke ape

salam.
jumpa lagi.
entry laju la.
sebab idea mencurah-curah, tapi tak reti nak write down.
kalo la dearest diary ni boleh bercakap, mesti dia cerite suma.
kan best..!hahaha.takyah saya penat-penat nak naip. ;p
ok.saya tak tau la ni habit atau ape kan.
tapi kami laki bini selalu je macam neh
sume org tau kan, lau masalah keje ke ape ke, bila dah balik rumah.mende masalah sume tu TAK LAYAK dan TAK SEPATUTNYA ikut kita balik kan.
ok.kami laki bini lak macam ni.tak guna rumah sebagai tempat untuk becerita.rumah tu untuk bahagia-bahagia moment je.waaahh.hurm.
macam mane ek nak explain, takpe la.sape faham, faham la.kalau tak, tinggalkan komen ek.
[macam ade aje yang bace.hihihi..]
hurm, kami laki bini ni lagi suka cakap dalam kereta.bukan tak concern tau, tapi.ntah la wei.
macam pepatah jugak kan, cakap siang, pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.hehe.
even ade masalah sekali pun kan, mesti discuss dalam kereta.kami selesa dengan cara tu.
maybe lain orang, lain ragam dia.hurm, maybe kami fikir, bila duk meluahkan perasaan dalam kereta, in the same time, masalah tu keluar and go far far far away from us.ngeh3.
urm..ok la.macam dah ketandusan idea.
babai..!!!


Monday, August 15, 2011

SPEECHLESS

salam.
mood nak naip ni dah sedikit down sebab makhluk asing tu.huhu.tapi jiwa saya tak tenteram selagi entry saya belum saya habiskan.saya tak suka entry tu 'ter'delay as a draft. ;p
ok.entry ni terjadi pada Ramadhan #14.saya sengaja buat entry khas ni sebagai penghargaan kepada 2 orang hamba Allah ni.sungguh bermurah hati.huh.sampai saya SPEECHLESS.

ok la.let's sharing.macam biasa, saya nak biarkan gambar yang berbicara.waahh..ayat cam sasterawan negara.kakakaka..!

5 item sempena coming birthday.for sure Toklan and Wanmiya the 11st person give the present.

Erfan punya.mana kasi kita pegang.dia punya kan.kedek..!hahaha

1st item
Cars Pillow
senarnya saya yang lebih-lebih nak menda alah ni
takpe, janji Erfan suka, saya pun suka
leh tumpang sekaki

2nd item
Mini Laptop
the 1st laptop Erfan ever had
suka menda alah ni, nanti Erfan leh belajar

3rd item
i love it most
sungguh kreatif toklan.huhuhu
favorite cartoon there.pocoyo, thomas too
mase saya buka balutan paper gift tu, tersembur dari mulut dia 'pocoyo'
hahaha.pandai

4th item
Fire Engine Set
haha.ni belum lagi di ceroboh
kene sorok ngan ngan ayah dia
lau tak sume nak buka and terus main

5th item
Thomas the Choo Choo Train
he loves it most
tapi bila pasang dia punya muzik, terus tak berani pegang
Thomas yang super duper active.ngeh3

Taaaarrrraaaaaaaaaaaaaaaaaa..!

big hug for lil cars pillow

ok.cerita dah panjang berjela kan.time to introduce the 2 person Erfan loves most.. ;)


sorry ya Toklan and Wanmiyya
terpaksa curi pic korang
K.Ira takde pic korang
thanks a lot dik
Loves, muaahhhxx..!



_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?24b785f0b9386953e1432852985feba3

Ape Benda

salam.
mood dah sedikit baran.huhu
sabar, lan posa neh.
tak.nak tanye, kenapa duk eksaited saya nk buat entry, tetiba keluar ni.dah delete, pun tak jalan.masih lagi ade.apa silap saya ek?
tolong gtau sape-sape yang tau tu ek.tak lawa la entry bila ade makhluk asing neh kat bawah tu.huh.bukan sume entry, entry ini dan ini je.huh


PENGHARGAAN

salam.
jumpa lagi di lain entry.
entry yang agak lama maybe 'ter'delay, terlupa tidak sekali.
ape kene mengena ngan title di atas.hurm
bukan nak tinggikan hidung, just nak kongsikan sebagai PENGHARGAAN kepada suami saya.
ok.tak mau cite panjang.just nak ucap bebanyak terima kasih atas pemberian abang kat ibu.ibu hargainya.hargai sangat-sangat.

di sini bermulanya [My Sayang] jad bestfriend WC ;)

the gift from him tu senarnya present for birthday.walaupun birthday is bext month.huh.mane tau, nanti WC bagi kupon, then [My Sayang] ajak pegi WC lagi.dekat je dari umah MIL ;)


p/s: the gift tu biar la saya sembunyikan ek..nanti takut tersalah paham.




_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?24b785f0b9386953e1432852985feba3

15 Ramadhan

salam.
Alhamdulillah..masih lagi diberi peluang untuk meneruskan Ramadha kali ni.Insya Allah.
pejam celik, dah pun pertengahan Ramadhan.sekejapnya masa berlalu.
ok la.nak share ngan juadah-juadah berbuka puasa.hihi.
bagus tau senarnye update menu-menu neh.sebabnya, konpem-konpem menu tak same sepanjang 30 hari puasa ni kan.ok, moh kita share menu untuk Ramadhan yang seterusnya.

Ramadhan #9
menunya tomyam seafood.alaaa..tak snap pun pic.haha.
takpe.korang bayangkan je la kan.sume pun tau masak tomyam kan.very the simple.

Ramadhan #10
untuk hari ke 10 pulak, actually saya buntu dah nak masak ape.tak tau.macam dah bluurr je.
tapi kan, duk sonok chat ngan Ibu Lin, tetiba dia gtau nak buat nasi lemak.terus saya telan liur.haha.so menu kami sama la hari tu.nasi lemak come with fried chicken made by KFC..teeetttt..!
ni la rezeki kami untuk hari tu

Ramadhan #11
haaa..hari ke 11 puasa ni, biasa la.Khamis kan, [My Sayang] ade event dia sendiri.pasal keje.dorang ade buat hari anggota berbuka ngan YS Pengarah di setiap balai.so as usual, saya masak simple je la.buat mee goreng basah udang galah.asik-asik udang galah je.tinggi jugak koloestrol nanti.huhu.selain tu, ade side menu tau.hati melonjak-lonjak nak buat buat puding buih / puding berkuah tu.arwah mama saya pandai buat bagi makan kat anak-anak.so sekarang, saya pulak mencuba.tapi tangan saya 'dok mekung'.haha.orang terengganu kate.huh.jadi 2 layer la.huh.tapi sedap tau.dapat sambutan.waahh..perahsantan..!dalam duk menghuru hara kan dapur buat puding tu, tetiba datang anak dara angkat saya.hantar nasi beriani.Alhamdulillah, rezeki limpah-limpah hari tu.
comel je kan
skali dalam dia jd 2layer.kakaka.
takpe, usaha tangga kejayaan ;p

ini puding punya kuah kastard tu.sedapp...
[perahsantan lagi..!]
Ramadhan #12
hari ke 12 puasa pun same. [My Sayang] terlibat pulak ngan YS Pengarah untuk berbuka puasa bersama menteri.huh.very the busy laki saya.haha.tak silap Dato' Raja Nong Chik yang datang di Labuan.so, menu kami hanya kuetiaw goreng by mamak corner.ngeh3.2 in 1 kan.skali harung je ngan my lil son.dia pun suka ngan kuetiaw neh.the side menus is ayam goreng, masak kicap hati.

Ramadhan #13
jatuh pada hari sabtu, nawaitu berkobar-kobar nak buat nasi ayam for break fast.tapi dapat call from [My Sayang] gtau ade jemputan buka puasa di rumah salah sorang kontraktor.tak mengecewakan saya.sebab menunya same ngan menu saya.nasi ayam.haha.tuan rumah macam dapat bace je menu lam kepala otak saya.haha.variety of lauk pauk ade.nasi ayam is the main.ade masak lemak cili api ayam yang sangat sluuurrrpp by Onyang Erfan, kerabu pucuk paku, sate, udang goreng.wahh.sedap kan.

Ramadhan #14
happy holiday on sunday.mood awal-awal memang tak nak masak.nak makan mee kari udang galah.so korang nak tau ape kami buat pagi tu?baking-membaking laki bini neh.haha.[My Sayang] la beriya nak buat.i follow je.haha.sekali..?jadi si buruk rupa.haha.tp sedap jugak. ;)
so menu kami untuk berbuka puasa petang tu seperti di rancangkan, mee kari udang galah, nasi kerabu, nasi lemak ayam rempah for lil son, dan sedikit kuih muih.
sedang di bakar

jadi tak..?
hihihi.buruk rupa..!

malas dah nak tengok si buruk ni terus jadi lepes.masuk lam cup la.lawa sket.ngeh3.




_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?24b785f0b9386953e1432852985feba3

Tuesday, August 9, 2011

CONT CERITERA RAMADHAN

salam.
jumpa lagi.rajin nya saya di bulan Ramadhan ini.
cuci bersih my blog.ngee.
30hari puasa, agaknye 30 la entry saya kan.
hahaha.takpe la.saya suka nak kongsi cerita saya walhal saya tau, takde sape pun bace.
[rendah diri la pulok.. ;p]
ok.kita continue ceritera Ramadhan.

Ramadhan #5
tak semua tau, kami telah membuat 1 keje gila.LOL
kami balik kL.rindu keluarga di sana.so pada hari itu amatla tidak adil untuk kami.wahh.statement tak leh blahh..hahaha.kami sahur awal, then buka puasa lambat.haha.
never mind la.saje nak gurau.
ok.flight kami dari Labuan jam 10.40a.m.tiba di LCCT jam 1.05pm, dijemput oleh adik ipar saya.terus ke umah MIL.perjalanan amik masa lam 45minit cenggitu la.
setiba di umah, terus masuk dapur.al maklum la, MIL dah awal-awal gtau dia OFF untuk masuk dapur hari ni.so, bermula la ketuk-ketuk Ramadhan with Ibu Lin.
antara menu kami hari tu :-

1. Nasi Putih
2. Masak Tempoyak Pucuk Ubi by MIL
[by En.Google ;p]
orang N9 wajib pandai makan neh
3. Udang Buttermilk by SAYA
4. Lobster Stim by SAYA
5. Ikan Siakap Sira Lada by Ibu Lin
6. Ikan Siakap Masam Manis by Ibu Lin
7. Kerang Rebus by MIL
8. Air Sarsi Ais by BIL
9. Air Sirap Limau by BIL

[semua gambar tak sempat amik, kita tunggu Ibu Lin hapdet blog dia.dia banyak snap picture before break fast]

Ramadhan #6
untuk hari ke 6 puasa, the whole of Hj Hussin members buka puasa kat Hotel Equatorial Bangi.thanks to Ibu Lin sebab booking untuk kami semua.gambar-gambar time ni pun tak banyak ngan saya.kita wait Ibu Lin kasi.pastu kita hapdet entry lain.cuma nak cakap, best la buka puasa kat situ, berpuas hati dan rasa berbaloi la.

i love this picture most

melantak tak hengat

Ramadhan #7
uwaaa..hari ke 7 puasa, kami dah pun tiba di Labuan.macam sekejap je kan.huh.
takpe, janji dapat spent time ngan family.amat berharga.
untuk hari ke 7 puasa, saya tak maska pun.just panaskan sambal kerang petai made by my MIL.waallaaaahhhh..sedap.al maklumla, kat Labuan ni takde kerang-kerang neh.tapi seafood mewah la.pastu extra lauk just cari kat bazaar je.penat pun belum hilag lagi, camne ank masak.
[alasan je tu weih.. ;p]
[from En. Google also]

Ramadhan #8
hari ke 8 puasa, saya masak Gulai Udang Galah.sedap.[My Sayang] pun cakap sedap.
[perasan ;p]
ditokok tambah ngan telur dadar, sayur campur ngan sup tulang yang superb from kak Jess.walllaaahh.. ;p
my udang galah masak curry




korang perasaan tak, saya takde share resipi pun kan.hurm bukan apa.bukan 'kedek' tau, tapi semua resipi saya google je.bak kate orang, semua di hujung jari. ;p

Monday, August 8, 2011

CERITERA RAMADHAN

salam.
jumpa lagi kita kat lain page, lain entry.
huh.
penat belum hilang.
berhujung minggu bersama keluarga di kL.
ok.kali ni entry rojak la jugak.
nak story Cerita Ramadhan part seterusnya.
[macam la ade orang kisah, lau tak cerita pun apa.. ;p]
ok.jum kita mulakan dengan ....

Ramadhan #2
biasala kalo name pun bulan puasa, nafsu tu melonjak-lonjak nak makan itu nak makan ini.
majority berceritakan pasal menu dorang untuk buka puasa.so, saya pun takmoh ketinggalan.nak jugak share menu-menu yang saya hidangkan untuk [My Sayang] and lil son makan.
pejam celik, dah pun 8Ramadhan kan.kejap je masa berlalu.
ok la.ni menu kami pada 2nd Ramadhan yang lepas.
hari ke dua puasa, bebuka dengan main menu nasi minyak.teringin nak makan.sebab kari ayam Ramadhan #1 ade lagi.
nasi minyak
[hasil air tangan 'org muda' jelas ketara]

ayam masak merah

acar - tukar kobis.tak mau timun

Ramadhan #3
untuk hari ke 3 pulak, main menu simple dimple amat.haha.
udang masak buttermilk.request from [My Sayang].

tarraaa
udang buttermilk

Ramadhan #4
4th day of puasa, saya tak masak.sebab....
excited nak balik kampung.hahaha.makan ape yang dibeli oleh [My Sayang] di bazaar tadi je.
[My Sayang] pun tak berbuka kat umah.
ada lawatan balai dan bersungkai bersama anggota.
[sungkai tu berbuka puasa dalam bahasa Kedayan, Sabah]

bila Erfan buka puasa.cheese pilihan hati dia. ;)

model udang galah.udang ni nak bawak balik untuk family di tanah besar semenanjung.
udang galah sungai L size.

hairan anak teruna saya.binatang apakah ini.

takut nak sentuh.huhuhu.sepit cam ketam.



Tuesday, August 2, 2011

1st RAMADHAN

salam.
jumpa di entry baru.
cerita 1Ramadhan kami di Labuan neh.jauh di perantauan.kali ke dua saya berpuasa di sini.
puasa tahun ni sangat berbeza dengan puasa tahun lepas.
tahun lepas puasa saya masih lagi seorang surirumah sepenuh masa.but now, saya dah bekerja.so title dah tertukar kepada isteri yang bekerjaya.waaahh..
[tak leh blaahhh ;p]


ok.sedia umum maklum kan.kami di Labuan neh, berbuka cepat 1 jam dari tanah besar semenanjung.so, we need to prepared the dishes as soon as possible.huh.cam rushing je ayat saya neh kan.memang rushing babe.sungguh berbeza.tapi tu bukan penghalang untuk saya membeli lauk pauk di bazar.sekali sekala takpe la kot.saya berpuas hati lagi kalo saya yang masak. ;p

ok.menu kami semalam untuk berbuka puasa :-
1) Nasi Putih + Kari Ayam
2) Ikan Goreng + Telur Asin + Ayam Goreng Rempah - request dari [My Sayang]
3) Kobis Goreng
4) Sambal Belacan
5) Air Buah Campur

sungguh kelam kabut menyedia kan lauk pauk neh.al maklum la.1st day puasa kan.huh.dengan balik jam 4.30pm lg.huh.lam kepala otak macam dah tak sempat je neh.ye la.mane nak pegi bazaar lagi kan.

ok.cerita di bazaar.kami gerak dari rumah jam 5.40pm untuk ke bazaar di Labuan Walk.memandangkan kediaman kami di tengah-tengah bandar, jadi takde masalah la nak pegi lambat pun.memang kami pun tak kan rempuh jem, sebab arah yang bertentangan.ok.sampai di bazaar 10minutes after.terus menuju ke semua gerai sebaris demi sebaris.huh.penat.sungguh panjang.tapi tak setanding di Terengganu dan kL. ;p

jalan punya jalan, intai punya intai setiap gerai, korang tahu ape kami dapat di bazaar..?
sungguh sadis.yang dapat hanya RM2 POPIA GORENG.huh.
lam kepala otak, ramai jugak penduduk Labuan ni kan.bekas-bekas air sume tinggal ais je.aduyai.so, ari ni kene tukar strategi, kene pegi bazaar dulu.then baru balik masak.kalo nak pegi awal, konpem-konpem kene marempit ngan [My Sayang].hahaha.tak pun nak pegi bazaar tempat lain la.sebab nak cari kuih muih.lauk pauk for sure saya yang masak.huh


p/s: to Achik, Ibu Lin and Kak, best kan kene wat main.haha.kita dah abes makan, dorang duk tungtang-tungtang lagi kat dapur.muahaha. ;p

MASAK-MASAK

salam.
pejam celik dah pun 2 Ramadhan.
harap sempurna la puasa sebulan neh.
hurm.ape nak story neh, banyak.!
tapi tak tau mane nak dahulukan mane nak kediankan.haih.
ok.jum la kita buat entry rojak sebagai permulaan entry bulan Ogos.kikikiki.
ok.kalau la di beri pilihan kat korang.mane lebih suka.masak or kemas rumah.
[tapi kalo dah name bini orang & mak budak, semua ko kene harung weiihh..]
bagi saye, saye lebih and lebih lebih lebih lebih suka MASAK-MASAK.kikiki.walhal, masakan saya bukan nye sesedap air tangan Arwah Mama and MIL.
tapi takpe kan.janji, saya cuba untuk hidangkan keluarga kecil ni dengan hasil air tangan saya.
[dah start nak perasssaaaannn..]

ok la.jum kita layan gambar la.sebab 1 kelemahan saya.saya tak boleh nak buat entry tanpa gambar.pelik tak..?
tak pun kan.lain orang lain ragam dia.moh la kita layan gambar, biar gambar yang conquer setiap entry. ;p

1st nak story sal 'hadiah'..hihihi.hadiah sebab [My Sayang] dapat 'rezeki lebih' [walhal saya mendesak ].
saya dah dapat pembantu baru.
intruced...drum rollllllll...
taraaaaaaaa ;)
bila dah jadi milik saya

Add Imagepic di snap sebelum 'dia' mengikat janji pada saya ;p

ok.dah dapat hadiah kan.tapi saya masih lagi belum memanfaatkannya.
so, mase hari sabtu yang lepas.isi kekosongan masa lapang, [lapang la sangat.walhal kain bertimbun. ;p]
saya buat apam polka dot lagi.sebab nak test bekas acuan yang di kirim oleh MY BFF, Fara.thanks babe.ketara sungguh.memang lawa bila apam tu duk dalam acuan tu. ;p

adunan yang berwarna warni
[piping bag also from her.Fara.]

sebelum di kukus
lawa kan bila duk dalam acuan tu
kemas je

siap di kukus
sedia juga untuk di 'ngap'

pe'ngap' handalan kami ;p

ahad pulak, 'baking-membaking'.open caremony for new oven la konon. ;p
sebenarnya nak buat hari sabtu tu, tapi masa tak mengizinkan.sebabnye.start jam 4.30ptg sampai malam, i've 3invitation for birthday party.termuntah den tengok kek.hahaha.
lagi nak bake kek sendiri.dah macam tak kuasa je.so, nawaitu tu di postponed kan dulu.
jam 12 tengah hari baru la start baking.

kek yang tengah mengembang ;p

our 1st trial.not bad kan. ;p
[back up diri sendiri dan si kek choc buruk rupa ;p]

buruk rupa luar je tau.dalam cam Secret Recipe. ;p
[perasssaaaannn ;p]

tak tau mane silap.bahagian atas kek merekah cam gunung berapi.dengan itu coklat ganache diguna kan menutup semua bahagian merekah tu.tapi bak kata kak Fenti, PRACTICE MAKE PERFECT.akan ku usaha kan lagi.tapi masih lagi ada 2 request from hubby yang masih lagi tak tertunai.insya Allah nanti bila ade kelapangan masa. ;)
ok la.nanti jumpa lagi di lain entry.
salam.