Wednesday, July 27, 2011

Amarah

salam.
lamenya tak hapdet.
mood bercelaru.
sebab jumpa laki sekejap je.
pastu kene tinggal laki.
takpe la.saya paham la.
keje awak.
[mood: jiwa kacau..!]

ok la.
saje nak hapdet blog.
kan tempat luah perasaan. ;p
nak cite suka duka la sikit-sikit.
[buka pekung di dada ke neh..?takpe, blog saya.sesuka hati saya la nak tulis ape kan.]

..AMARAH..

korang pernah kan ade perasaan macam ni..?
seriously, saya PEMARAH dan sangat PANAS BARAN.
bila la saya nak berubah.sedih kan.
hurm..

last Monday la.
tergugat iman saya.
tergugat sebab saya tak guna akal dan otak untuk berfikir bila buat keputusan.
cepat je nak meradang.nak marah-marah.

1st case, argue pasal annual leave.
hurm.takpe la.
saya kuli dan saya akur.
terima dengan seadanya.
[walhal lam hati saya sangat tak puas hati.mangsa = en laki. sorry ek.. ;p]
kan dah buat saya cam nak MARAH

2nd kes, pasal bank.
pasal 'orang suruhan' sesetengah bank.
serious buat saya hangin.
tau diorang cari makan.
kot ye pun cari makan, jangan la duk buru orang siang malam.
orang pun tau macam mane nak manage.
bukan nye sebulan baru mengeloan.bertahun-tahun.
dah nak abes bayar pun.dah dekat-dekat nak abes loan ni la duk tagih orang macam orang tak pernah bayar.
cuba la korang tengok statement lepas-lepas before make a call.huh.
karang tak pasal-pasal korang kene sumpah maki.hurm.
sorry to say..
memang saya MARAH on that time

3rd case, ASTRO.
kene mention besar-besar neh.
gggrrrr....geram dan hangin saya 1badan.
duk syok-syok nengok tv, tetiba "SERVICES CURRENTLY IS NOT AVAILABLE".
how come jadi macam tu.
kita call, dia jawab takde apa-apa.
hurm.macam mane?
bayar nak cepat.tapi service cam hampeh.
saya ok lagi takde tv, tapi si bujang saya memberontak.
tambah lagi MARAH saya on that day.huh.

4th case is "SAYA PENAKUT"
memang penakut gila saya.
tak tau macam mane nak ubah.
saya nak berdikari.
tapi..
[aarrggghhh alasan je tuuuu..]
saya MARAH dengan diri saya sebab tak perfect.hurm.

kes-kes sume ni la buat saya cepat MARAH.dan last monday buat saya upset and down mood.
saya sangat la tak penyabar.ssyyuuhhh..pergi jauh-jauh. ;p

and last, to [My Sayang].thanks to be my partner.i know you are very patient man.i'm lucky to have you to guide me on the right path.hope that our love will sustained forever.
LOVE Mohd. Eirwan so much..!




















moral of the story : sila jgn bekawan dengan si PANAS BARAN.kelak merosak diri.tak bagus pun kehidupan yang sihat. ;p



Thursday, July 21, 2011

Once again

salam.
jumpa lagi di lain entry.
[macam la ade orang kisah ade entry baru ke tak.takpe la.blog saya kan.lalalalala..]
ok la.
saya ni kan, kalau takde gambar bagai.
perasaan nak 'hapdet' blog tu suam-suam je, macam tak sempurna je.
tapi tak tau la blogger yang lain kan.
hihihi.
kalau takde gambar sendiri, rela dengan sepenuh hati saya 'meng'googlekan nya. ;p
ok.
ONCE AGAIN
let the pictures do the talking

si comel ni kene paksa pejam mata
asik nak 'tuwi, katun' je

sian dia kene buli ngan ibu
;p

ubat jangan bagi nangis

mengado cam ayah
;p

dah berani bukak mata
dia tau ibu ngah gelak kan dia
;p


Wednesday, July 20, 2011

tatapan

salam.
untuk tatapan ayah Erfan.hihihi.
malas nak mengomel.
jum.
let the pictures do the talking.

budak di umpan dengan kon aiskrim duk melayan kartun
then bersepah sana sini serpihan kon itu

kita panggil nak snap gambar pun dia buat tak endah
wat geram je kat dia

bila di kacau, mula buat muka poyo like his ayah ;p

seksi tuuuu

wah.wah.wah
anak tuan besar makan on BED

duk melayan kartun jugak

wah.wah.wah
atas bawah budak kecik ni conquer ''tuwi''

layan kartun on BED
makan pun on BED
sume on BED
sebab












saya nak mandi.lau tak buat camtu, nanti dia pun nak follow i ke bathroom.huh



p/s: to my [My Sayang], i think we should continue with our plan to have 2 of Astro.sian saya. ;p

Tuesday, July 19, 2011

'ter'salah

salam
entry di malam hari
lil Erfan peneman setia bila jari jemari ibu ligat berketup ketap ngan keyboard baby pink
hurm
bila kita 'ter' itu dan 'ter' ini maybe timbul perasaan sedih, suka and bagai-bagai kan
saya pun begitu
bila saya
'TER'










SALAH TARIKH
huh
sebenarnye saya yang salah faham
[My Sayang] saya dah cakap siang-siang cakap 21hb balik
mati-mati la saya pikir 21 tu hari rabu
disebabkan malas nak jeling kalendar ini la akibatnya
seriously, saya expect [My Sayang] balik esok
then bila pagi cakap ngan dia
ask him bila balik.then dia cakap THURSDAY
huh
membara woo
huhuhu
takpe la
khamis pun khamis la.
saya faham keje awak :(
ok la
itu aje

*
*
*we miss you*






SEKIAN

He 'LOVES'

salam
entry laju la kali ni, sebab lapar.nak makan jap lagi.hihihi.
hurm.tengok title entry He 'LOVES'..apakah itu..?
*


*


*


*


*


*


*
apa lagi, lil ensem saya la.Erfan.
he LOVES cartoon so much.huh.
penat je kan dengar CARTOON.hurm.takpe la dik, janji awak suke.
i ni as his ibu dah boleh hafal ape kartun lepas ni, lepas ni and lepas ni.baguskan.hahaha
and as always, his peberet cartun is PORORO.
dulu mase Achik and Ayah Teh dia duk kat sini, siap boleh ingat lagu kartun-kartun tu.hahaha
jum layan gambar.

Special Agent Oso time

poyosss.. ;p

menumpukan sepenuhnya perhatian

eh..!gelak pulak.jum mandi..!
sume ni gambar lepas balik dari taman.sejuk kan badan lu.then baru mandi.
nanti naik atas, pun layan kartun lagi.sampai jam 10p.m duk layan cite kartun pompuan yang Marmalade tu.haih.

HAPPY BIRTHDAY

18.07.2011
birthday our Lady Boss, Mdm. Tracy Cheek yang ke 42
takde farewell party pun, sebabnye she and our ass. account kene attend 1 seminar selama 3hari.
so, we just plan to surprise her with cupcakes from Eva.biasa la.tu kan partner komplot saye.kikiki.
saya pun tak sempat snap cupcakes tu.kalau korang nak tengok, please visit Eva's blog.
and FYI, saya masih lagi bertemu mata ngan Eva neh.tunggu la nanti kot-kot ade surprise lagi.

ok.nak story sal birthday boss neh.
cupcakes tu seawal jam 7.40a.m, Eva dah hantar kat my opis.then, our boss tak sempat and tak tau pun yang kota empat segi tu ape.she just said thank you.sebab rushing nak keluar kan.ok.takpe.

then, this morning, i ask her 'sedap tak cuppies tu?'.
then she surprised me..!she ask me, 'cake ke itu?'..nahh.
cari penyakit lagi.hahaha.sekali dia ambil terus tengok.still cantik same macam deliver semalam.
then, i suruh dia rase.
'SEDAP' dia cakap.so, amat berpuas hati.lagi pun, cuppies tu feveret dia.cheese.Eva buat kan Oreo Cheese, lagi la sedap kan.hurm.siap tanya lagi di mana saya beli.
Eva jugak sumguh la kreatif, siap lukis PPE (personal protective equipment) lagi.comel.



p/s: thanks jugak pada umieiry @ k.rini and jovi sebab berkomplot sesama saya.. ;p

Monday, July 18, 2011

McD time

salam.entry lagi, lagi dan lagi.hahaha.
malam tadi kami .... hah kami..?
yela kami la.persatuan ibu dan isteri kene tinggal ngan laki.woahahahaha.~
biasa la, para suami mencari duit untuk menyara keluarga.para ibu abeskan duit untuk sopim sana sini.kakakaka..kejam gila.~
saya dan mommy si epan membujang di mcd.haha.di temani anak-anak yang bermandikan peluh.haih.

Dinner kami, berhampiran rumah je pun.lagi satu sebab tempat ni selamat untuk kids.tak terlalu terbuka.so McD la pilihan kami.fastfood lagi tu.lupa ke, saye kan hantu fastfood.kalori oh kalori.hahaha.

anak bujang saya sampai lupa makan.main je keje.haih.

ke hulu ke hilir.hurm.mandi peluh budak-budak ni.

main la nak oi, nanti balik terus zzZzz

bestfriend lil Erfan.
abang imal @ bam mok.hahaha.

jangkaan saya meleset.bukannya tido.melayan kartun sampai lebam.haha.tak tau jam berapa dia tido.last-last kartun tengok dia.pastu pagi tadi, punya payah nak kejut dia.terpaksa gunakan kekerasan.call his ayah.then buat loudspeaker.tu pun buat tak endah.huh.

ENTRY LAGI

salam.jumpa lagi.
[mcm la ade pembaca setia yang menunggu setiap entry baru..werk.~takpe, tak kisah pun, sebab ni blog saye.saya nak tulis ape pun, boleh je kan.hihihi..!]
ok.kali ni entry pasal 'campur aduk = rojak'.hahaha.ni sume gara-gara bosan di opis.cuma tinggal saya dan partner sebelah.boleh bayang tak macam mane muka bosan saya yang tak tau nak buat apa.nak FB pun dah maleh.macam dah nak termuntah.hahahaha..
jom la.kita biar gambar berbicara.waaaahhh..~

budak kene gigit pipi.ayah punya keje.sian lil Erfan.beriya la saya cakap pipi dia kene gigit nyamuk.sekali ade insan yang tergelak.then cakap 'ayah gigit pipi epan, sebab geram'.huh

ni kene gigit nyamuk yang real.besar gila bintat.
ini juga modal lil Erfan manja ngan ayah dia.suh gosok and sapu minyak sampai la dia tido.
sebab lil Erfan tau, esok ayah dia nak balik kL.so kene manja puas-puas.bekalan.kekekeke

bangun pagi.mood tak berapa nak bagus.hahaha
tanye ayah gi mane, 'OJE'.haha.mane datang OJE tu dik eh.
ni ngah layan kartun.buat 'derk' je bila ibu ajak turun bawah

bergaduh ngan ibu sebab tak bagi saye usik baju ayah dia.LOL
ibu nak lipat la dik, nak hanging.apo kono la bujang aku neh.hati merindu la tu.
hahaha

maskulin beb.tido pun jam tak tanggalkan.al maklum, ayah beli.
hahahaha

PARCEL lagi..~

salam..
[selalu je tak reti nak 'bermukadimah' dulu sebelum masuk entry.takpe.abaikan.!]
entry ni pasal parcel lagi.last la kot dalam bulan Julai.insyaAllah.hihihihi
ni la parcelnya.by POS EKSPRESS.

*
*
perihal pasal buku ni sikit.
sebenarnya kan, buku ni dah lama publish,2007 maybe.tapi mungkin tak berapa mendapat perhatian umum.saya sendiri yang pernah bekerja dalam library pun tak perasaan.mungkin mase tu saya di bawah penguasaan bahagian lain, so tak tau la.then bila check kan, ada rupa nya buku ni kat ex-opis saya dulu.takpe la.takde jodoh saya la tu nak jumpa kat sane.hihihi.
but now, buku ni milik saya dan [My Sayang].now [My Sayang] tengah usaha abeskan jilid-jilid dalam buku tu.dah selesai nanti karang, baru la saya amik alih.
and perancangan akan datang, macam nak order A Map of Terengganu also by Awang Goneng.
but kene finishkan yang 1 ni dulu.


p/s: [My Sayang] suka bace buku tu sebab banyak words Terengganu yang mencuit hati dia.yang dia tak penah dengar.dia gelak sesorang.then ajuk perkataan tu walaupun 'tajwid' dia tak berapa nak betul. ;)

Thursday, July 14, 2011

Ipin..Ipin..Ipin


ni koleksi si epan, kawan si upin and ipin
hahaha
tapi epan tau sebut ipin..ipin..ipin je.takde upin
LOL
koleksi ni terhasil bila tv lame dah selamat dibaiki
so, terus bawa masuk dalam bilik sekali dengan vcd player
nanti kalo, [My Sayang] kursus takde la nak menapak kat bawah tengok tv
layan cd pun ok
hihihihi
[penakut tak hengat]

alaaaa..video tak boleh nak upload la pulak
kad reader tertinggal kat rumah
huh
kalo tak boleh dengan mulut si comel saye bebel ''ipin..ipin..ipin''
hihihihi




moral : betapa bertuah company ni dapat saya sebagai pekerja dia.hihihi..



SEKIAN

'PARCEL'

salam
'PARCEL'
*

*

*

*

*
si ibu takde keje lain la tu.'online shopping' lagi.
alaaa..bukan selalu pun kan yang, sebulan sekali.hahaha.
ok.


PARCEL PERTAMA from POS LAJU
got 2 pair pyjama's for lil Erfan
En. McQueen & En. Thomas

model junior

mula-mula ok je.senyum.

sedikit 'fedap' ngan ibu yang pakse pose sane sini ;p

ketara gila muka boring
hahahaha

PARCEL KEDUA from SKYNET
nasib baik la belom chow lagi.ngam-ngam turun tangga.jumpa orang Skynet tu.terus tanye, Afira punya ke.hihihi.sekali tepat, kat tangga gak den sign. ;p
thanks to Farah, sudi 'menterbangkan' homemade choc' dia bagi saye rase.

aik..?
FARAH DIANA ke FARAH LIYANA
LOL

n

our TESTIMONIAL lagi
tak sempat balik rumah.on the way balik neh dia makan, sebab dah nampak parcel tu kat seat belakang.tak penyabor langsung.
[macam saye sejibik]

homemade choc by Farah

*



*



*



*



*



*



*



and now












saye masih lagi menunggu 1 parcel lagi
.LOVE.


Wednesday, July 13, 2011

SURPRISE HIM

Salam..
Entry di malam hari yang dingin, hujan + aircond.. ;p
Ok.Entry kali ni nak share pasal surprise yang berjaya saye lakukan.Hihihihi..
Sume ni kalo la saye sorang yang plan memang tak kan menjadi.Nasib la ade insan yang sanggup berkomplot sesame.Hehehehe..

Gini storynya, hari tu ade la [My Sayang] jumpa MU Cup Cake lam FB nya.Pastu tetiba dengar la bunyi, 'bu, nnt birthday abg nak kek macam ni tau'..Then saye tengok la.Hurm..Dalam kepala otak duk fikir nak je buat surprise kat dia.Bila lagi kan.[My Sayang] pun dah bagi hint nak yang macam mane.Mase tu ngah 'melunaskan' kain 2bakul.Hihihihi.Terus capai hp dan terus ketup-ketap send mesej to Eva ni.Tanya punya tanye, then Eva setuju.Tapi tak sempat deliver to him for Monday,tapi tak.Surprisekan, so saya pilih hari Selasa.

Selasa pun dah tiba.Saya wat macam takde pape.Sebab saya tak melakukan ape kerja pun.Sume tu Eva yang uruskan.Thanks a lot for Eva sebab dah 2 kali menjadi partner komplot saye.Hihihihi..Selagi saya di Labuan ni, you pilihan hati saya..Thanks again ya sebab sudi melayan karenah cerewet saye neh.

Jom kita layan gambar yang sempat di snap.

after a few minutes deliver CC neh
saye sendiri pun terkejut sebab Eva tak inform kul bape nak buat surprise tu.tetiba dah keluar statement ni kat FB

the cuppies for [My Sayang]

[My Sayang] berpuas hati
maklum la, MU Theme

our TESTIMONIAL
hahahaha
sian Erfan.si ayah suka je calit-calit cenggitu

Lastly
*


*


*


*


*


*


*


*
our HERO
.LOVE.

Monday, July 11, 2011

LABEL..~

Haaaaaaaaaaaaaa...
Kesian kat shaye, tak 'ter'perasaan mende alah ni ada.
Penah tertanya, macam mane nak buat 'LABEL' neh.
Bila blog walking, nampak ramai yang use that.
Malu naak bertanya, sesat jalan kan.! ;p
Finally jumpa gak.
Tapi sedikit sedih sebab tak guna pakai sebelum ni.
Haih..!
Macam mane shaye tak perasan menda alah ni wujud kat bawah tu.

..END..

MAMAK TIME..!

Salam
Waaahhh..Banyak ye korang entry hari ini.Mood rajin dan idea berlambak-lambak
[konon kan..]

Okeh, mamak time is for our dinner.[My Sayang] makan Roti Telur garing-garing dan shaye berkongsi mee goreng ngan our anak teruna.
Jom share gambar lil Erfan yang dah besar panjang, hensem, macho bagai ni.
Hihihihi.
Biasa la, dah besar semua nak sendiri-sendiri.
Jom kita layan gambar.

mee pedas, silap order

repeat order
mee sos tiram
LOL

anak teruna shaye dah besar
bersemangat dia makan.kalau tadi tu asik ''adas, adas''
''anas-anas''
hihihi
pedas dan panas la tu.

dapnye Erfan makan
tunggang terbalik pegang garfu.

urrmm..nyum.nyum
kene ngan selera dia.mee tadi tu pedas.bila makan mesti selang seli ngan air.
sian dia.tu pasal repeat order.
demi our lil Erfan.yang tak abes tu bawa balik, tapau.




SEKIAN